Friday, October 31, 2008

Jawapan Novel bagi zon Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu (Novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang) berdasarkan koleksi soalan Percubaan SPM 2008

Aspek Kajian Latar

1 Latar Tempat

a) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam setiap novel (Portal Utusan)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah sebuah perkampungan di Pedalaman Sabah. Kawasan perkampungan Rimpa digambarkan masih mundur dan dipenuhi dengan hutan menghijau. Namun di sinilah Rimpa membesar dan tinggal bersama keluarganya.

Selain itu, Kota Kinabalu juga merupakan latar tempat yang digunakan dalam novel ini. Di sinilah Rimpa berkenalan dengan Bang Maily, bergiat dalam bidang teater dan seterusnya memeluk agama Islam.

Latar tempat seterusnya ialah di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang. Di tempat ini, Rimpa menanti untuk menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu, tempat dia mengimbas kembali banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dan tempat dia bertemu dengan bekas gurunya, cikgu Ahmad Ibrahim.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah Jalan Garland, Ipoh Perak. Di sinilah terletaknya rumah Awanis dan tempat Awanis bertengkar dengan kakaknya iaitu Maysarah.

Selain itu, Uitm Arau Perlis juga digunakan sebagai latar tempat. UiTM Arau Perlis merupakan tempat Awanis belajar dalam bidang Kejuruteraan Ladang.

Latar tempat yang seterusnya ialah Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka Terengganu. Tempat ini merupakan pejabat Awanis menjalani praktikal.

2 Latar Masa

a) Huraikan satu latar masa yang dapat dikaitkan dengan peristiwa penting dalam setiap novel. (Sekolah Berasrama Penuh)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Peristiwa ini amat penting dalam novel Terminal Tiga kerana hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran tercapai. Walaupun berdepan dengan cabaran kemiskinan namun dia tetap tabah untuk menggapai impiannya.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu awal pagi.
Antaranya peristiwa Awanis ditahan polis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi kerana menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengesyakinya lari dari rumah. Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta api untuk menjalani latihan praktikal di ladang PORIM Kluang.

b) Huraikan dua latar masa dalam satu novel (Johor & Negeri Sembilan)

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Terminal tiga ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Peristiwa ini amat penting dalam novel Terminal Tiga kerana hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran tercapai. Walaupun berdepan dengan cabaran kemiskinan namun dia tetap tabah untuk menggapai impiannya.

Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang.

[atau]

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang.

Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa waktu malam ialah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.

c) Tiga latar masa dan peristiwa dalam sebuah novel (Daerah Petaling Perdana, Daerah Klang & Perak Learning To Score 2)

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Peristiwa ini amat penting dalam novel Terminal Tiga kerana hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran tercapai. Walaupun berdepan dengan cabaran kemiskinan namun dia tetap tabah untuk menggapai impiannya.

Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang.

Selain itu terdapat juga latar masa di antara pukul 4.30 petang sehingga pukul 9.30 malam. Latar masa ini digunakan ketika Rimpa pulang ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Subang. Rimpa bertolak dari rumahnya sejak pukul 4.30 petang. Bagaimanapun Rimpa terpaksa menunggu selama lima jam di Lapangan Terbang Subang kerana penerbangannya ke Kota Kinabalu yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 8:15 malam ditangguhkan sehinga ke pukul 9.30 malam akibat jerebu.

[atau]

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang.

Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa waktu malam ialah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.

Selain itu terdapat juga latar masa waktu awal pagi. Antaranya peristiwa Awanis ditahan polis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi kerana menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengesyakinya lari dari rumah. Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta api untuk menjalani latihan praktikal di ladang PORIM Kluang.

3. Latara Masyarakat

a) Huraikan latar masyarakat dalam setiap novel (Perak, SMJK Chung Hwa Kota Bharu)

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah masyarakat yang tinggal di pedalaman Sabah. Rimpa dan keluarganya tinggal di perkampungan pedalaman Sabah. Contohnya perkampungan pedalaman sabah tempat Rimpa tinggal merupakan kawasan yang masih mundur dan dipenuhi hutan menghijau.

Di samping itu digambarkan juga masyarakat yang mementingkan pendidikan. Rimpa seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan dan amat mementingkan pelajaran meskipun berdepan dengan cabaran kemiskinan hidup. Contohnya Rimpa sanggup menempuh pelbagai cabaran dan terpaksa meninggalkan keluarganya untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif.

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah masyarakat yang mementingkan kasih sayang sesama manusia. Awanis seorang yang penyayang. Contohnya Awanis sangat menyayangi Anita walaupun Anita bukan adik kandungnya dan sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

Terdapat juga masyarakat yang gigih untuk mencari rezeki digambarkan dalam novel ini . Budi seorang yang gigih mencari rezeki. Contohnya belia Indonesia seperti Budi sanggup berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit untuk mencari rezeki.

b) Bandingkan latar masyarakat dalam dua novel (Melaka, Pahang)

Terdapat persamaan dan perbezaan latar masyarakat antara novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang

Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran. Dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa amat mementingkan pelajarannya. Contohnya, Rimpa sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halaman serta menempuh pelbagai cabaran untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif. Dalam Novel Seteguh Karang, Awanis juga seorang yang mementingkan pelajarannya. Contohnya dia mengambil semula SPM walaupun gagal kali pertama dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

Perbezaan latar masyarakatnya ialah dalam novel Terminal Tiga terdapat masyarakat desa yang masih mengamalkan budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan meminum tuak masih menjadi tradisi hidup mereka. Contohnya Ramon bersama kawan-kawannya suka meminum tuak. Dalam novel Seteguh Karang pula terdapat masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan khurafat. Encik Lee dan isterinya percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga. Contohnya Encik Lee dan isterinya tidak mahu menerima Anita dan tergamak menyatakan anak kandungnya itu sebagai pembawa sial.

c) Huraikan dua kepincangan masyarakat dalam sebuah novel (Daerah Sepang, Pahang)

Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ayah rimpa merupakan seorang yang tidak bertanggung jawab terhadap keluarganya. Contohnya, ayah Rimpa yang sepatutnya menjadi ketua keluarga sanggup meninggalkan keluarganya selama 10 tahun tanpa diketahui di mana dia berada.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang mudah terpengaruh dengan golongan pendakwah sehingga mengenepikan keluarga. Ruzaini seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya. Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya kerana lari mengikuti golongan pendakwah.

[atau]

Terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang dalam novel Seteguh Karang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar dengan Wan Asri.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan khurafat dalam novel ini. Kepercayaan khurafat ini masih tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan isterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga.

Wednesday, October 29, 2008

Jawapan Novel bagi zon Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu (Novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang) berdasarkan koleksi soalan Percubaan SPM 2008

1. Aspek Kajian plot

a)Jelaskan peringkat permulaan berdasarkan sebuah novel
[SMJK Chung Hwa Kota Bharu]

Antara peristiwa pada peringkat permulaan cerita dalam novel Terminal Tiga ialah peristiwa jerebu yang melanda Lembah Klang yang menyebabkan beberapa penerbangan kapal terbang ditangguhkan termasuklah penerbangan Rimpa ke Kota Kinabalu. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengetahui peristiwa seterusnya apabila Rimpa terkandas selama beberapa jam di lapangan terbang Subang.

Selain itu, peristiwa Rimpa mengimbas kembali kata-kata emaknya yang memintanya pulang ke kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan setelah 10 tahun meninggalkan mereka merupakan permulaan cerita dalm novel ini. Rimpa sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa ayanya bertindak meninggalkan mereka. Peritstiwa ini mendorong pembaca untuk terus membaca novel ini untuk mencari jawapan mengapa ayah Rimpa bertindak demikian.

[atau]

Antara Peristiwa pada peringkat permulaan cerita dalam novel Seteguh Karang ialah peristiwa Awanis yang merupakan pelajar UiTM Arau Perlis mengimbas kembali perjalannya pulang ke Ipoh Perak menaiki bas. Keadaan bas yang penuh sesak dan pelbagai peristiwa yang dilaluinya dalam perjalanan menyebabkan pembaca tertarik untuk terus mengetahui peristiwa selanjutnya.

Selain itu, peristiwa setibanya Awanis di rumah menyaksikan Awanis meluat dan malas melayan Kak Maysarah yang sudah jauh berubah menjadi pemurung setelah kematian abah dan mamanya turut menarik pembaca untuk terus membaca nove ini. Pembaca ingin tahu mengapa kak Maysarah berubah daripada seorang yang ceria menjadi seorang yang pemurung.

b)Huraikan dua peristiwa yang menarik minat pembaca pada permulaan cerita dalam satu novel yang anda kaji (Perak Learning To Score 1)

Antara peristiwa yang menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel Terminal Tiga ialah peristiwa jerebu yang melanda Lembah Klang yang menyebabkan beberapa penerbangan kapal terbang ditangguhkan termasuklah penerbangan Rimpa ke Kota Kinabalu. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengetahui peristiwa seterusnya apabila Rimpa terkandas selama beberapa jam di lapangan terbang Subang.

Selain itu, peristiwa Rimpa mengimbas kembali kata-kata emaknya yang memintanya pulang ke kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan setelah 10 tahun meninggalkan mereka turut menarik pembaca pada permulaan cerita dalm novel ini. Rimpa sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa ayanya bertindak meninggalkan mereka. Peritstiwa ini mendorong pembaca untuk terus membaca novel ini untuk mencari jawapan mengapa ayah Rimpa bertindak demikian.

[atau]

Antara Peristiwa yang menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel Seteguh Karang ialah peristiwa Awanis yang merupakan pelajar UiTM Arau Perlis mengimbas kembali perjalannya pulang ke Ipoh Perak menaiki bas. Keadaan bas yang penuh sesak dan pelbagai peristiwa yang dilaluinya dalam perjalanan menyebabkan pembaca tertarik untuk terus mengetahui peristiwa selanjutnya.

Selain itu, peristiwa setibanya Awanis di rumah menyaksikan Awanis meluat dan malas melayan Kak Maysarah yang sudah jauh berubah menjadi pemurung setelah kematian abah dan mamanya turut menarik pembaca untuk terus membaca nove ini. Pembaca ingin tahu mengapa kak Maysarah berubah daripada seorang yang ceria menjadi seorang yang pemurung.

c)Huraikan satu peristiwa dalam setiap novel yang mendorong anda untuk terus membaca novel berkenaan sehingga tamat. (Johor)

Satu peristiwa dalam novel Terminal Tiga yang mendorong saya untuk terus membaca novel berkenaan sehingga tamat ialah peristiwa Rimpa mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halaman untuk menggapai cita-citanya dalam bidang penulisan kreatif . Ketika Rimpa hendak berangkat, emaknya berasa sedih dan meminta dia agar membatalkan hasratnya itu kerana emak dan adik-adiknya amat memerlukannya ketika itu untuk menjadi ketua keluarga. Tambaha pula Rimpa berdepan cabaran kemiskinan dan serba kekurangan untuk meneruskan pelajarannya. Namun Rimpa tetap dengan keputusannya kerana dia ingin mengubah nasib diri dan keluarganya yang miskin. Cabaran yang terpaksa ditempuhi dan semangat yang dimilki Rimpa menarik saya untuk terus membaca novel ini.

Dalam novel Seteguh Karang pula antara peristiwa yang mendorong saya untuk terus membaca novel tersebut ialah peristiwa Awanis terpaksa berhadapan dengan karenah Encik Johari yang memandang rendah keupayaan wanita dan selalu mencabar Awanis sepanjang menjalani praktikal di ladang kelapa sawit. Contohnya Encik Johari mencabar Awanis menunggang motorsikal buruk dengan brek yang kurang berfungsi dan dicabar menjatuhkan setandan buah kelapa sawit. Peristiwa ini mendorong saya unuk terus membacanya kerana saya ingin tahu adakah Awanis berjaya mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

d)Huraikan penyelesaian cerita dalam sebuah novel yang anda kaji. (Portal Utusan)

Penyelesaian cerita dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa kembali ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tinggal di Rumah Bang Maily kerana tiket penerbangan ke Kuala Lumpur telah habis. Rimpa juga telah berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM 3000 daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah.

Setibanya di Terminal Tiga, Rimpa menunggu hingga subuh dan terus ke Akademi Seni Kebangsaan. Berita pemindahan kampus ASK ke tempat baru bersebelahan dengan MATIC juga mengejutkannya. Ini bererti Rimpa terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang lebih tinggi kerana kampus baru terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Walau apa jua masalah dan cabaran mendatang, Rimpa bertekad akan meneruskan pelajarannya dan menghadapi segala cabaran mendatang dengan tabah.

[atau]

Penyelesaian cerita dalam novel Seteguh Karang ialah peristiwa Awanis tergesa-gesa menamatkan praktikalnya lebih awal kerana dia ingin pulang menemui Anita. Dia menemui Anita di rumah cikgu Rushda dan membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

Walaubagaimanapun setelah menemui keluarga kandung Anita, Encik Lee dan isterinya tidak menerima Anita sebagai anaknya malah menganggapnya pembawa sial dalam keluarga.
Kak Maysarah kembali sedar akan kesilapannya dan merasakan bahawa adik-adiknya masih memerlukan dirinya. Mereka bertiga berbaik semula dan kembali ceria. Namun demikian, Anita tetap dengan keputusannya untuk keluar dari rumah kerana ingin hidup berdikari.

2.Aspek kajian teknik plot (teknik penceritaan)

a)Huraikan dua teknik plot dalam satu novel (Percubaan Sekolah Berasrama Penuh & Times Higher Education)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih. Antara teknik plot dalam novel Terminal Tiga ialah suspens (tanda tanya). Contohnya peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu menimbulkan unsur suspens. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada.

Selain itu terdapat juga penggunaan teknik kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan satu kejutan kepada pembaca. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia menghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarga.

Terdapat juga pengunaan teknik imbas kembali dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan teknik imbas kembali ialah peristiwa Rimpa meninggalkan kampung dan keluarganya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencapai cita-citanya. Contohnya Rimpa mengenang kembali peristiwa ketika dia hendak berangkat ke Kota Kinabalu. Dalam peristiwa itu, ibunya cuba menghalang hasratnya dan memintanya agar tidak meninggalkan mereka. Namun Rimpa bertekad untuk pergi demi menggapai cita-citanya.

Selain itu, terdapat juga penggunaan dialog dalam novel ini. Contohnya ketika Rimpa bertemu bekas cikgunya, cikgu Ahmad Ibrahim di Lapangan Terbang Subang. Cikgu Ahmad Ibrahim bertanya kepada Rimpa tujuan dia berada di Kuala Lumpur. Rimpa menjelaskan kepada cikgu Ahmad Ibrahim bahawa dia sedang menuntut di Akademi Seni Kebangsaan.

Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan monolog ialah ketika berada di lapangan terbang Rimpa bertanya pada dirinya sendiri mengapa ayahnya bertindaki meninggalkan mereka.

[atau]

Novel yang saya kaji ialah novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah. Antara teknik plot yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah suspens (ketegangan/tanda tanya). Teknik saspens digunakan oleh pengarang ketika Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi. Pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis. Teknik ini mengundang rasa ingin tahu kepada pembaca.

Selain itu, terdapat juga penggunaan teknik kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah bertengkar dengan Awanis dan menghalaunya keluar dari rumah. Kak Maysarah dimasukkan ke hospital akibat tindakannya dan peristiwa ini mengundang kejutan kepada pembaca.

Terdapat juga penggunaan teknik imbas kembali dalam novel ini. Antaranya peristiwa Awanis mengenang kembali peristiwa ketika kedua ibu bapanya masih hidup. Keluarga mereka hidup dalam kebahagiaan dan sentiasa ceria termasuklah kak Maysarah yang merupakan seorang yang periang.

Antara lain teknik yang digunakan ialah dialog. Contohnya peristiwa Awanis melaporkan diri kepada Encik Johari semasa menjalankan praktikal di Hulu Paka Terengganu. Encik Johari bertanya kepada Awanis sama ada dia yang memilih untuk menjalani praktikal di situ atau dihantar oleh pihak UiTM. Awanis memberitahu Encik Johari bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain.

Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam novel ini. Contohnya peristiwa kak Sofia bertanya kepada Awanis tentang Wan Asri. Awanis lantas berkata kepada dirinya sendiri bahawa dia tidak pernah mengambil tahu perihal Wan Asri lebih daripada seorang sahabat.

[Pelajar hanya perlu memberikan dua daripada lima teknik plot di atas dalam salah satu novel yang dipilih]

a)Dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya (suspens) dalam satu novel (Percubaan Sabah Excell 2 & Sarawak)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih. Antara peristiwa dalam novel Terminal Tiga yang menimbulkan tanda tanya (suspens) ialah peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada.

Selain itu, peristiwa pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu turut menimbulkan tanda tanya (suspens) kepada pembaca. Rimpa dan penumpang-penumpang lain berasa cemas kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar. Peristiwa ini menimbulkan tanda tanya (suspens) kepada pembaca kerana pembaca ingin tahu peristiwa seterusnya. Rupanya itu hanyalah imaginasi Rimpa sahaja.

[atau]

Novel yang saya kaji ialah novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah. Antara peristiwa dalam novel Seteguh Karang yang menimbulkan suspens (ketegangan/tanda tanya) adalah ketika Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi. Pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis. Teknik ini mengundang rasa ingin tahu kepada pembaca.

Selain itu, peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah bertengkar dengan Awanis turut menimbulkan tanda tanya (suspens) kepada pembaca. Hal ini demikian kerana tindakan Kak Maysarah itu menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital. Peistiwa ini menimbulkan tanda tanya (suspens) kepada pembaca sama ada Kak Maysarah selamat atau tidak.

a)Empat peristiwa berunsur kejutan (Percubaan Kedah)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih. Antara peristiwa berunsur kejutan dalam novel ini ialah peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia meghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarga. Oleh itu, apabila Rimpa mendengar berita bahawa Ruzaini telah melarikan diri mengikuti pendakwah, Rimpa terkejut dan peristiwa ini merupakan kejutan kepada pembaca.

Selain itu, peristiwa Rimpa bertemu dengan bekas cikgunya di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang juga merupakan satu kejutan. Perstiwa ini berunsur kejutan kerana Rimpa tidak menyangka sama sekali dapat bertemu cikgu Ahmad Ibrahim yang pernah mengajarnya 10 tahun lalu.

Di samping itu, peristiwa kepulangan ayahnya ke pangkuan keluargnya turut menimbulkan kejutan. Peristiwa ini menimbulan kejutan kerana Rimpa tidak pernah menyangka ayahnya akan kembali ke pangkuan keluarganya setelah sepuluh tahun menghilangkan diri. Apatah lagi usaha Rimpa untuk menjejaki ayahnya selama ini menemui kegagalan. Oleh itu, apabila ayahnya kembali ke pangkuan keluarganya, peristiwa ini menimbulkan kejutan kepada Rimpa dan juga kepada pembaca.

Satu lagi peristiwa berunsur kejutan dalam novel ini ialah berita pemindahan kampus Akademi Seni Kebangsaan ke tempat baru bersebelahan dengan MATIC. Peristiwa ini mengejutkan Rimpa kerana dia hanya mengetahuinya sebaik sampai di Akademi Seni Kebangsaan selepas bercuti di kampung halamannya. Tambahan pula Rimpa terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang lebih tinggi kerana kampus baru terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Walau apa jua masalah dan cabaran mendatang, Rimpa bertekad akan meneruskan pelajarannya dan menghadapi segala cabaran mendatang dengan tabah.

a)Satu contoh peristiwa berunsur saspens dalam dua buah novel (Learning To Score 2 Perak)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Satu peristiwa dalam novel Terminal Tiga yang berunsur suspens ialah peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada.

Antara peristiwa dalam novel Seteguh Karang yang menimbulkan unsur suspens adalah ketika Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi. Pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis. Teknik ini mengundang rasa ingin tahu kepada pembaca.

b)Dua peristiwa yang menggunakan teknik saspens dalam kedua-dua novel (Negeri Sembilan)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Antara peristiwa dalam novel Terminal Tiga yang berunsur suspens ialah peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada.

Selain itu, peristiwa pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu turut menimbulkan suspens kepada pembaca. Rimpa dan penumpang-penumpang lain berasa cemas kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar. Peristiwa ini menimbulkan suspens kepada pembaca kerana pembaca ingin tahu peristiwa seterusnya. Rupanya itu hanyalah imaginasi Rimpa sahaja.

Antara peristiwa dalam novel Seteguh Karang yang menimbulkan unsur suspens adalah ketika Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi. Pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis. Teknik ini mengundang rasa ingin tahu kepada pembaca.

Selain itu, peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah bertengkar dengan Awanis turut menimbulkan suspens kepada pembaca. Hal ini demikian kerana tindakan Kak Maysarah itu menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital. Peistiwa ini menimbulkan suspens kepada pembaca sama ada Kak Maysarah selamat atau tidak.

b) Dua teknik imbas kembali daripada dua novel (Percubaan Terengganu)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Terdapat pengunaan teknik imbas kembali dalam novel Terminal Tiga. Antara teknik imbas kemabli dalam novel ini ialah peristiwa Rimpa mengimbas kembali kata-kata emaknya yang memintanya pulang ke kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan setelah 10 tahun meninggalkan mereka.

Selain itu, penggunaan teknik imbas kembali dalam novel ini ialah peristiwa Rimpa meninggalkan kampung dan keluarganya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencapai cita-citanya. Contohnya Rimpa mengenang kembali peristiwa ketika di hendak berangkat ke Kota Kinabalu. Pada ketika itu ibunya berasa sedih dan cuba menghalang hasrat Rimpa untuk meninggalkan mereka. Namun Rimpa bertekad untuk pergi demi menggapai cita-citanya.

Dalam novel Seteguh Karang terdapat juga penggunaan teknik imbas kembali. Antaranya peristiwa Awanis mengenang kembali ketika kedua ibu bapanya masih hidup. Pada ketika itu keluarga mereka hidup dalam kebahagiaan dan sentiasa ceria termasuklah kak Maysarah yang merupakan seorang yang periang.

Satu lagi penggunaan teknik imbas kembali dalam novel ini ialah peristiwa Awanis yang merupakan pelajar UiTM Arau Perlis mengenang kembali perjalannya pulang ke Ipoh Perak dari Arau Perlis dengan menaiki bas. Keadaan bas yang penuh sesak dan pelbagai peristiwa yang dilaluinya dalam perjalanan diimbasnya kembali menyebabkan pembaca tertarik untuk terus mengetahui peristiwa selanjutnya.

Sunday, October 26, 2008

Analisis Soalan Novel Kertas 2

Saya juga telah menganalisis soalan Novel berdasarkan kepada soalan Percubaan SPM pelbagai negeri/daerah/sekolah. Berdasarkan analisis tersebut, aspek kajian novel yang paling popular ialah Latar dan Plot. Berikut merupakan hasil analisis tersebut;

Sekolah Berasrama Penuh
a) Dua teknik plot dalam satu novel.
b) Satu latar masa yang dapat dikaitkan dengan peristiwa penting dalam setiap novel.

Sabah (Excell 1)
a) Dua contoh yang membuktikan watak utama sorang yang penyabar dan menerima kenyataan
b) Dua peristiwa yang menunjukkan kasih sayang kepada keluarga

Sabah (Excell 2)
a) Dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya
b) Bandingkan watak utama melalui dua buah novel

Kelantan
a) Peristiwa yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan kepada watak utama dalam novel.
b) Bandingkan aspek kepincangan masyarakat dalam dua novel.

Johor
a) Dua latar masa dalam novel
b) Satu peristiwa dalam setiap novel yang mendorong anda untuk terus membaca novel berkenaan sehingga tamat

Kedah
a) Empat peristiwa berunsur kejutan
b) Sifat gigih yang ditunjukkan oleh watak utama dalam setiap novel

MRSM
a) Dua peristiwa yang menimbulkan keinsafan
b) Satu perwatakan antagonis (watak jahat)dalam setiap novel

Perak (Learning To Score 1)
a) Latar masyarakat dalam kedua-dua novel
b) Dua peristiwa yang menarik minat pembaca pada permulaan cerita

Perak (Learning To Score 2)
a) Satu contoh peristiwa berunsur saspens dalam dua buah novel
b) Tiga latar masa dalam satu novel

Perak (Learning To Score 3)
a) Perwatakan watak utama yang boleh dicontohi
b) Tiga mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang

Perak (Trial)
a) Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai kebijaksanaan
b) Dua latar masyarakat daripada setiap novel

Times Higher Education
a) Dua contoh penggunaan teknik plot dalam novel
b) Bandingkan persamaan persoalan yang terdapat dalam dua buah novel

Terengganu
a) Tiga bukti hakikat hidup bermasyarakat yan terdapat dalam novel.
b) Dua teknik imbas kembali daripada dua novel.

Daerah Petaling Perdana, Selangor
a) Nyatakan tiga latar masa dan peristiwa dalam sebuah novel.
b) Watak sampingan yang ada kaitan rapat dengan watak utama dalam dua novel.

Portal Utusan
a) Penyelesaian cerita dalam satu novel.
b) Tiga latar tempat yang terdapat dalam setiap novel.

Melaka
a) Dua nilai tanggungjawab dalam novel.
b) Bandingkan latar masyarakat dalam dua novel.

Pahang
a) Dua kepincangan masyarakat dalam sebuah novel.
b) Bandingkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel.

Sarawak
a) Dua peristiwa yang memaparkan unsur saspens dalam satu novel.
b) Nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama daripada setiap novel.

Daerah Sepang Selangor
a) Dua kepincangan masyarakat dalam sebuah novel.
b) Huraikan nilai kegigihan dalam dua novel.

W.P Kuala Lumpur
a) Peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali dan teknik imbas muka dalam satu novel.
b) Bandingkan nilai kemasyarakatan dalam dua novel.

Negeri Sembilan

a) Dua latar masa dan peristiwa yang berlaku berdasarkan sebuah novel.
b) Dua peristiwa yang menggunakan teknik saspens dalam kedua-dua novel.

Daerah Klang

a) Mengapa novel yang anda kaji menimbulkan keinsafan.
b) Tiga latar masa dan peristwa yang berlaku dalam satu novel.

Perlis

a) Dua peristiwa yang menunjukkan pengorbanan watak dalam satu novel
b) Satu nilai kasih sayang berdasarkan setiap novel.

SMJK Chung Hwa Kota Bharu, Kelantan

a) Jelaskan peringkat permulaan cerita berdasarkan sebuah novel.
b) Dua latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel.


Berdasarkan analisis soalan percubaan SPM tahun lepas daripada 19 koleksi soalan percubaan negeri/daerah/sekolah memang terdapat soalan yang mempunyai aspek kajian yang sama dengan soalan SPM sebenar. Dalam soalan SPM sebenar tahun lepas soalan yang keluar adalah;

a) Huraikan persoalan maruah dalam satu novel

b) Cara penyelesaian konflik yang dihadapi watak utama dalam setiap novel

Bagi soalan (a) soalan percubaan yang sama dengan soalan SPM sebenar adalah soalan percubaan negeri Johor manakala bagi soalan (b) soalan percubaan yang hampir sama dengan soalan SPM sebenar adalah soalan percubaan dari SMK Lutong Miri Sarawak.

Kesimpulannya soalan percubaan negeri/daerah/sekolah amat penting kepada pelajar untuk dikumpul dan dicuba kerana berdasarkan kepada analisis tahun lepas soalan percubaan menjadi petunjuk kepada soalan SPM sebenar. Selamat mencuba.

Analisis Soalan KOMSAS Kertas 2

Berdasarkan analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2008 saya menasihati pelajar agar memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk berikut.

Soalan 2(b)Cerpen/Drama

Cerpen Lambaian Malar Hijau (Ting 4) (Percubaan Sabah Excell 2,MRSM,Perak Learning To Score 1,Times Higher Education,Daerah Petaling Perdana,Pahang,Daerah Sepang,Daerah Klang dan SMJK Chung Hwa Kota Bharu, Kelantan)

Drama Serunai Malam (Ting 4) (Percubaan Johor dan Melaka)

Cerpen Virus Zel Untuk Abah (Ting 5) (Percubaan Sekolah Berasrama Penuh, Sabah Excell 1, Kedah, Terengganu, Portal Utusan, Sarawak dan Negeri Sembilan)

Cerpen Di Sisi Rinda (Ting 5) (Percubaan Kelantan, Perak Learning To Score 3, Perak,W.P Kuala Lumpur, dan Perlis)

Berdasarkan analisis Percubaan SPM tahun lepas, daripada 19 koleksi soalan percubaan antara negeri/daerah/dan sekolah yang saya analisis memang benar terdapat soalan daripada tajuk-tajuk yang diuji dalam percubaan tersebut yang keluar dalam soalan SPM sebenar iaitu Drama Titik-titik Perjuangan (Ting 4). Tajuk ini merupakan peperiksaan Percubaan Daerah Klang Selangor.


Soalan 2(c)Prosa Klasik

Peminangan Puteri Gunung Ledang (Ting 4) (Percubaan Sekolah Berasrama Penuh, Johor, Perak, Times Higher Education, Melaka, Pahang, Daerah Sepang dan Negeri Sembilan)

Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya (Ting 4) (Percubaan Sabah Excell 2, Terengganu, Portal Utusan dan Sarawak)

Pertarungan Tuah dengan Jebat (Ting 4) (Percubaan Kelantan, W.P Kuala Lumpur, Perlis dan SMJK Chung Hwa Kota Bharu Kelantan)

Sikap terburu-buru membawa padah (Ting 4) (Percubaan Kedah dan Perak Learning To Score 1)

Kezaliman Membawa Padah (Ting 5) (Percubaan Sabah Excell 1, MRSM dan Perak Learning To Score 3)

Sabor (Ting 5) (Percubaan Perak Learning To Score 2, Daerah Petaling Perdana, dan Daerah Klang)

Berdasarkan analisis Percubaan SPM tahun lepas, daripada 19 koleksi soalan percubaan antara negeri/daerah/dan sekolah yang saya analisis memang benar terdapat soalan daripada tajuk-tajuk yang diuji dalam percubaan tersebut yang keluar dalam soalan SPM sebenar iaitu Asal Usul Raja Kecil (Ting 5) . Tajuk ini merupakan peperiksaan Percubaan Johor (Set 2), Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh.

Soalan 2 (d) Puisi Tradisional/Sajak

Pantun Kiasan (Ting 4) (Percubaan Johor)

Sajak Anak Laut (Ting 4) (Percubaan Sekolah Berasrama Penuh, Perak dan Negeri Sembilan)

Sajak Jalan-jalan Raya Kotaku (Ting 4) (Percubaan Sabah Excell 1, Perak Learning To Score 3, Terengganu, Daerah Petaling Perdana, Portal Utusan dan Sarawak)

Sajak Manusia dan kesejahteraan (Ting 4) (Percubaan Perak Learning To Score 2, W.P Kuala Lumpur dan Perlis)

Sajak Derita Pertama (Ting 4) (Percubaan Daerah Klang)

Pantun Lapan Kerat (Ting 5) (Sabah Excell 2, Melaka dan Pahang)

Pantun Enam Kerat (Ting 5)(Percubaan Kelantan dan Perak Learning To Score 1)

Sajak Di Ruang Gemanya (Ting 5) (Percubaan Kedah, MRSM, Daerah Sepang dan SMJK Chung Hwa Kota Bharu Kelantan)

Sajak Pembeli Masa Sudah (Ting 5) (Percubaan Times Higher Education)

Berdasarkan analisis Percubaan SPM tahun lepas, daripada 19 koleksi soalan percubaan antara negeri/daerah/dan sekolah yang saya analisis memang benar terdapat soalan daripada tajuk-tajuk yang diuji dalam percubaan tersebut yang keluar dalam soalan SPM sebenar iaitu Gurindam memelihara anggota dan hati daripada kejahatan (Ting 5) . Tajuk ini merupakan peperiksaan Percubaan Daerah Hulu Langat dan Johor.

Berdasarkan analisis tersebut, kesimpulannya ketiga-tiga soalan KOMSAS dalam Peperiksaan SPM sebenar tahun lepas iaitu soalan 2 (b), 2(c) dan 2 (d)telah keluar dalam koleksi soalan Percubaan SPM pada tahun lepas. Bagi mereka yang rajin mengumpul dan mencuba soalan percubaan tersebut pada tahun lepas sudah pasti tiada masalah untuk menjawabnya. Bagaimana pula untuk tahun ini? Saya telah menyediakan analisis (boleh dimuat turun dalam laman blog ini) untuk para pelajar dan juga koleksi soalan percubaan pelbagai negeri/daerah/sekolah. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk pelajar mencuba kesemua tajuk yang diuji dalam percubaan-percubaan tersebut. Selamat mencuba.

Saturday, October 25, 2008

Latar Masyarakat Novel Terminal Tiga

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini adalah masyarakat yang tinggal di pedalaman Sabah. Rimpa dan keluarganya tinggal di perkampungan pedalaman Sabah. Contohnya perkampungan pedalaman sabah tempat Rimpa tinggal merupakan kawasan yang masih mundur dan dipenuhi hutan menghijau.

Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat desa yang masih mengamalkan budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan meminum tuak masih lagi menjadi tradisi hidup mereka. Contohnya Ramon bersama kawan-kawannya suka meminum tuak.

Selain itu digambarkan juga latar masyarakat desa yang bekerja sebagai penanam sayur untuk menyara kehidupan. Rimpa berasal daripada keluarga petani yang menjadikan pertanian sebagai sumber rezeki untuk menampung kehidupan. Contohnya keluarga Rimpa menanam kubis, asparagus dan tomato untuk menyara keluarga.

Di samping itu digambarkan juga masyarakat yang mementingkan pendidikan. Rimpa seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan dan amat mementingkan pelajaran. Contohnya Rimpa sanggup menempuh pelbagai cabaran dan terpaksa meninggalkan keluarganya untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif.

Digambarkan juga masyarakat yang suka membantu dan menolong orang lain. Bang Maily dan isterinya sering membantu Rimpa yang hidup dalam kesusahan. Contohnya Bang Maily ikhlas membantu Rimpa yang dihimpit kemiskinan untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan.

Digambakan juga masyarakat yang taat kepada Tuhan dalam novel ini. Bang Maily seorang yang taat mengerjakan ibadat. Contohnya Bang Maily dan Rimpa menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu sembahyang.

Thursday, October 23, 2008

Teknik Plot Novel Terminal Tiga

Antara teknik plot dalam novel Terminal Tiga ialah suspens (tanda tanya). Contohnya peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu menimbulkan tanda tanya. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada.

Selain itu terdapat juga penggunaan teknik kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan satu kejutan kepada pembaca. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia meghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya.

Selain itu peristiwa Rimpa bertemu dengan bekas cikgunya di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang juga merupakan satu kejutan. Rimpa tidak menyangka sama sekali dapat bertemu cikgu Ahmad Ibrahim yang pernah mengajarnya 10 tahun lalu.

Terdapat juga pengunaan teknik imbas kembali dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan teknik imbas kembali ialah peristiwa Rimpa meninggalkan kampung dan keluarganya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencapai cita-citanya.

Selain itu, terdapat juga penggunaan dialog dalam novel ini. Contohnya ketika Rimpa bertemu bekas cikgunya, cikgu Ahmad Ibrahim di Lapangan Terbang Subang. Cikgu Ahmad Ibrahim bertanya Rimpa tujuan dia berada di Kuala Lumpur. Rimpa menjelaskan kepada cikgu Ahmad Ibrahim yang dia sedang belajar di Akademi Seni Kebangsaan.

Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan monolog ialah ketika berada di lapangan terbang Rimpa bertanya pada dirinya sendiri mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka.

Perbandingan Latar Masyarakat Novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang

Terdapat persamaan dan perbezaan latar masyarakat antara novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran. Dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa amat mementingkan pelajarannya. Contohnya, Rimpa sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halaman serta menempuh pelbagai cabaran untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif. Dalam Novel Seteguh Karang, Awanis juga seorang yang mementingkan pelajarannya. Contohnya dia mengambil semula SPM walaupun gagal kali pertama dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

Perbezaan latar masyarakatnya ialah dalam novel Terminal Tiga terdapat masyarakat desa yang masih mengamalkan budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan meminum tuak masih menjadi tradisi hidup mereka. Contohnya Ramon bersama kawan-kawannya suka meminum tuak. Dalam novel Seteguh Karang pula terdapat masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan khurafat. Encik Lee dan isterinya percaya bahawa anak perempuan pembawa sial. Contohnya Encik Lee dan isterinya tidak mahu menerima Anita dan tergamak menyatakan anak kandungnya itu sebagai pembawa sial.

Tuesday, October 21, 2008

Plot Novel Terminal Tiga

Permulaan cerita

Antara peristiwa yang menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini ialah peristiwa jerebu yang melanda Lembah Klang yang menyebabkan beberapa penerbangan ditangguhkan termasuklah penerbangan Rimpa ke Kota Kinabalu. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengetahui peristiwa seterusnya apabila Rimpa terkandas selama beberapa jam di lapangan terbang Subang.

Selain itu, peristiwa Rimpa mengimbas kembali kata-kata emaknya yang memintanya agar pulang ke kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan setelah 10 tahun meninggalkan mereka turut menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini. Rimpa sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa ayanya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa tersebut mendorong pembaca untuk terus membaca novel ini untuk mencari jawapan mengapa ayah Rimpa bertindak demikian.

Di samping itu, ketika Rimpa teringat kembali peristiwa dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang penulisan kreatif di Akademi Seni Kebangsaan turut menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini. Emaknya berasa sedih dan meminta dia agar membatalkan hasratnya itu kerana emak dan adik-adiknya amat memerlukannya ketika itu untuk menjadi ketua keluarga. Tambahan pula Rimpa berdepan cabaran kemiskinan dan serba kekurangan untuk meneruskan pelajarannya. Namun Rimpa tetap dengan keputusannya kerana dia ingin mengubah nasib diri dan keluarganya yang miskin. Cabaran yang terpaksa ditempuhi dan kekuatan semangat yang dimilki Rimpa menarik pembaca untuk terus membaca novel ini.

Perkembangan
Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam perkembangan cerita ialah peristiwa Rimpa cuba menghubungi Bang Maily selepas mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Malangnya Bang Maily tiada di rumah kerana menurut Kak Naspura Bang Maily sudah tiga hari berada di Kudat. Peristiwa ini menarik pembaca kerana ingin mengetahui apakah tindakan Rimpa. Hal ini demikian kerana di Kota Kinabalu, hanya keluarga Bang Maily satu-satunya keluarga yang sentiasa membantu Rimpa termasuklah menumpangkan Rimpa di rumah mereka.

Selain itu, peristiwa lain yang menarik pambaca pada perkembangan cerita ialah peristiwa Bang Maily yang taat mengerjakan solat. Cara hidup Bang Maily telah menyentuh hati Rimpa dan dia meminta agar Bang Maily mengajarnya cara bersolat. Rimpa sebenarnya telah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Namun hasrat Rimpa seakan tidak diendahkan oleh Bang Maily. Menurut Bang Maily, menganut Islam bukan sekadar mengerjakan ibadat, tetapi menghayati keseluruhan ajaran Islam. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah hasrat Rimpa untuk memeluk Islam tercapai.

Perumitan
Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam perumitan ialah peristiwa Rimpa bersama dua orang adiknya pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya. Namun usaha mereka menemui kegagalan. Peristiwa ini menarik pembaca kerana cerita menjadi semakin rumit dan pembaca ingin tahu di manakah ayah Rimpa berada dan adakah usaha Rimpa untuk menjejaki ayahnya tercapai.

Selain itu, peristiwa pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu turut menarik pembaca. Rimpa dan penumpang-penumpang lain berasa cemas kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu peristiwa seterusnya. Rupanya itu hanyalah imaginasi Rimpa sahaja.

Klimaks
Antara peristiwa yang menarik pembaca pada klimaks ialah Peristiwa Rimpa kembali ke kampung ketika cuti semester. Rimpa telah dikejutkan dengan berita Ruzaini gadis yang disayanginya lari meninggalkan rumah mengikuti seorang pendakwah. Pembaca ingin tahu ke manakah Ruzaini mengikuti pendakwah itu dan mengapakah Ruzaini bertindak demikian.

Selain itu, peristiwa Rimpa menyatakan hasrat kepada ibunya untuk kembali ke Kuala Lumpur lebih awal turut menarik pembaca pada klimaks cerita. Rimpa mengambil keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur walaupun cuti semester masih berbaki dua minggu. Peristiwa ini menyebabkan pembaca ingin tahu mengapa Rimpa mengambil keputusan untuk pulang awal ke Kuala Lumpur.

Peleraian/penyelesaian cerita
Penyelesaian cerita dalam novel ini, Rimpa kembali ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tinggal di Rumah Bang Maily kerana tiket penerbangan ke Kuala Lumpur telah habis.

Setibanya di Terminal Tiga, Rimpa menunggu hingga subuh dan terus ke Akademi Seni Kebangsaan. Rimpa akhirnya berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM 3000 setahun daripada kerajaan Negeri Sabah.

Berita pemindahan kampus Akademi Seni Kebangsaan ke tempat baru bersebelahan dengan MATIC juga mengejutkannya. Ini bererti Rimpa terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang lebih tinggi kerana kampus baru terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Walau apa jua masalah dan cabaran mendatang, Rimpa bertekad akan meneruskan pelajarannya dan menghadapi segala cabaran mendatang dengan tabah.

Sunday, October 12, 2008

Karangan kepentingan dan usaha-usaha kerajaan memajukan sukan

Ungkapan Menarik/Peribahasa Dalam Karangan

Friday, October 10, 2008

Analisis Perbandingan Soalan Percubaan BM SPM 2008

Saya telah mengumpul 21 set koleksi soalan percubaan BM SPM 2008 antara negeri, daerah, sekolah dan akhbar untuk dianalisis. Pelajar-pelajar dan guru-guru boleh memuat turun analisis ini untuk memudahkan ulangkaji.

Kertas 1 http://www.mediafire.com/?gry2l0tkxjf

Kertas 2http://www.mediafire.com/?mhjquyddmzm

Soalan Percubaan SPM Ekonomi Asas Kertas 2

Soalan http://www.mediafire.com/?mqito3t5mrz

Skema Jawapan http://www.mediafire.com/?mx5th4bznz5

Fokus Ekonomi Asas SPM 2008

Beberapa orang pelajar telah menghubungi saya melalui e-mail agar membincangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi perhatian bagi mata pelajaran Ekonomi Asas. Bagi memenuhi permintaan tersebut, pada kali ini saya akan membincangkan beberapa tajuk penting dalam Tingkatan 4. Berdasarkan analisis soalan-soalan SPM dari tahun 2000 - 2007, antara fokus yang perlu diberi perhatian oleh pelajar ialah;

Bab 1
a) Bagaimana firma dan kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi
b) Ciri dan perbezaan barang percuma dan barang awam
d) Masalah asas ekonomi
e) Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
f) Perbezaan Sistem-sistem ekonomi

Bab 2
a) Faktor pemilihan pekerjaan
b) Jenis pendapatan individu
c) Konsep upah wang dan upah benar (pengiraan upah benar)
d) Pengiraan pendapatan boleh cukai dan cukai pendapatan
e) konsep pelaburan, tabungan dan pinjaman
f) langkah-langkah membuat belanjawan peribadi

Bab 3
a) konsep keperluan dan kehendak
b) melukis keluk permintaan berdasarkan jadual dan menjelaskan hukum permintaan
c) faktor mempengaruhi permintaan

Bab 4
a) pengiraan keanjalan harga penawaran dan mentafsirkan pekali keanjalan penawaran
b) Faktor penentu penawaran
c) mengira jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut berdasarkan jadual dan menerangkan hubungannya dalam fungsi pengeluaran jangka pendek
d) konsep input tetap dan input berubah

Bab 5
a) menerangkan konsep keseimbangan dan ketidakseimbangan pasaran berdasarkan keluk permintaan dan penawaran
b) melukis keluk penawaran pasaran berdasarkan jadual dan menerangkan pembentukannya

Sunday, October 5, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri



Meskipun hari ini masuk hari kelima kita meraikan Aidilfitri namun masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan, pelajar dan tetamu yang mengunjungi laman blog ini. Tahun ini saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung isteri saya di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Saya kembali ke Tawau semalam dan esok akan kembali meneruskan tugas apabila sekolah dibuka selepas sambutan Aidilfitri. Apapun Sambutan Hari Raya kali ini disambut sederhana namun meriah. Sempat juga saya beraya hingga ke Batu Pahat Johor dan Banting Selangor selain Kuala Pilah dan Seremban mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Semoga ikatan kekeluargaan dan persaudaraan dapat dieratkan. Kepada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template