Sunday, November 30, 2008

Johor Bahru

Kali terakhir saya ke Johor Bahru ketika saya belajar di UUM iaitu tahun 1997. Ketika itu saya mengikuti program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Bermakna sudah 11 tahun berlalu. Sebaik sampai di Johor Bahru saya terus ke Jabatan Pelajaran Johor menguruskan hal-ehwal perpindahan isteri. Terima kasih kepada puan Khadijah di Unit Kewangan Jabatan Pelajaran Johor atas kerjasama dan budi baik yang diberikan.

Dari Jabatan Pelajaran Johor saya terus ke Danga Bay. Singgah menjamu selera di Restoran Singgah Selalu. Sambil menikmati makanan, saya cuba mengimbau 11 tahun yang lalu Danga Bay, saya kenali sebagai Pantai Lido. Tempat ini telah mengalami reformasi pembangunan dengan pelbagai prasarana dan kemudahan pelancongan yang telah dibangunkan. Namun, sayang sekali lautannya tidak lagi membiru sebaliknya kelihatan seakan kehitaman mungkin kerana pencemaran. Saya terfikir apalah ertinya pembangunan prasarana dan kemudahan pelancongan sedangkan keindahan alam semulajadi seperti lautan yang sepatutnya memberikan kita ketenangan kian parah dengan pencemaran. Terfikirkah kita?

Jabatan Pelajaran Johor

Selamat Datang ke Danga Bay

Di hadapan Danga Palace


Menjamu selera di Restoran Singgah Selalu


Singgah di Universiti Tun Hussein Onn dalam perjalanan balik ke Batu Pahat

Wednesday, November 26, 2008

Batu Pahat Johor

Musim hujan yang biasanya turun pada waktu petang dan berlarutan ke malam hari ketika ini agak membataskan juga pergerakan saya untuk keluar meronda-ronda sekitar bandar Batu Pahat. Bagaimanapun, Siang tadi saya berkesempatan meronda-ronda bandar Batu Pahat sambil mengambil peluang menyelesaikan urusan bank. Sempat juga berjalan-jalan di Dataran Penggaram melihat mercu tanda bandar ini dan dapat menambah pengetahuan sejarah mengenai Bandar ini.

Mengikut sejarah, Bandar Batu Pahat asalnya adalah Bandar Penggaram yang dibuka oleh Dato Bentara Luar pada 2 Disember 1893. Maksudnya bandar ini sudah 115 tahun dibuka. Itulah sebabnya terdapat banyak bangunan lama di bandar ini yang mempunyai reka bentuk kolonial yang bagi saya agak menarik. Seiring dengan peredaran masa, bandar ini membangun dengan pesat dan kini merupakan antara bandar kedua terbesar selepas bandaraya Johor Bharu. Antara pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi ialah BP Mall dan The Summit. Untuk menikmati panorama bandar Batu Pahat, bolehlah berjalan kaki di "BP Walk" dan kalau penat berjalan bolehlah singgah di gerai-gerai makanan dan minuman yang terdapat di sepanjang "BP Walk".

Penat berjalan, saya singgah mengisi perut yang lapar. Antara hidangan istimewa ialah asam pedas, dan secara peribadi ikan merah asam pedas yang saya makan tadi memang sedap. Ketika saya berurusan di salah sebuah bank di bandar ini, saya telah ditakdirkan bertemu dengan seorang rakan seuniversiti yang telah lapan tahun saya tidak temui. Kebetulan dia juga sedang berurusan di bank tersebut. Beliau kini bertugas di Universiti Tun Hussien Onn Batu Pahat. Lama tidak bertemu, bermacam cerita yang dibualkan. Dalam hati saya berkata, dalam hidup kita selalu berhadapan dengan suatu kebetulan dan suatu kebetulan adalah ketentuan takdir.

Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang mempunyai reka bentuk kolonial

Wisma Sejarah Batu Pahat yang dibina pada tahun 1913

Central Point Dataran Penggaram

Mercu Tanda Bandar Batu Pahat di Dataran Penggaram

Sekitar BP Walk

Wednesday, November 12, 2008

Jamuan Akhir Tahun Warga SMK Balung 2008

Pada hari Sabtu yang lalu 8 November 2008, sekolah saya telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun di Restoran Tawau Seafood. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Staf SMK Balung bermula pukul 7.30 malam dan meriah dengan kehadiran warga SMK Balung beserta keluarga masing-masing. Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan SMK Balung.

Warga SMK Balung sedang mendengar amanat tuan pengetua


Masa yang ditunggu. Semua tetamu dipersilakan makan.


Gendang gendut tali kecapi, sudah kenyang senang hati


Antara menu malam tersebut.


Cikgu Murad mencabut 5 nombor bertuah. Kita tengok siapa yang kena..

Analisis Soalan Percubaan SPM Ekonomi Asas Kertas 2 Antara Negeri/Sekolah

Johor

Bahagian A
1.
a) Cara firma mengatasi masalah ekonomi
b) Cara sistem ekonomi campuran mengatasi masalah asas ekonomi
c) Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
d) Perbezaan barang percuma dengan barang ekonomi

2.
a) Jenis-jenis pendapatan individu
b) Faktor-faktor pemilihan pekerjaan
c) Mengira jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut berdasarkan jadual serta menerangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut

3.
a) Faktor peralihan keluk permintaan ke kanan
b) Melukis keluk penawaran pasaran berdasarkan keluk penawaran firma
dan menjelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran
c) Menerangkan keadaan keluk keseimbangan pasaran buruh

4.
a) Peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan
b) Fungsi bank perdagangan
c) Jenis-jenis cukai tidak langsung
d) Masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama

5.
a) Melukis rajah aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor
b) Perbezaan perdagangan dalam negeri dengan perdagangan luar negeri
c) Pengiraan akaun dagangan, akaun perkhidmatan dan akaun semasa

Bahagian B
6.
a) Sumber-sumber pendapatan
b) Cara bank pusat dan dasar belanjawan dalam mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
c) Mengira cukai pendapatan
d) Jenis-jenis pelaburan


Pahang

Bahagian A
1.
a) Cara individu, firma dan kerajaan mengatasi masalah ekonomi
b) Perbezaan antara barang percuma dengan barang awam
c) Cara ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi

2.
a) Jenis-jenis pendapatan individu
b) Mengira cukai pendapatan
c) Perbezaan barang keperluan dan kehendak
d) Menerangkan faktor peningkatan penawaran

3.
a) Menerangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut
b) Mengira permintaan pasaran berdasarkan jadual permintaan individu dan melukis keluk permintaan pasaran serta menerangkan pembentukannya
c) Kesan pasaran berdasarkan situasi/peristiwa

4.
a) Kebaikan sistem wang berbanding sistem barter
b) Masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama
c) Perbezaan cukai langsung dengan cukai tidak langsung
d) Konsep skim perbankan Islam

5.
a) Mengira perbelanjaan mengurus
b) Perbezaan perdagangan dalam negeri dengan perdagangan luar negeri
c) Butiran akaun semasa
d) Tujuan pinjaman kerajaan

Bahagian B
6.
a) Ciri sistem ekonomi kapitalis
b) Cara menambah pendapatan
c) Konsep tabungan
d) Kepentingan pertukaran asing
e) Tujuan sekatan perdagangan


Terengganu

Bahagian A
1.
a) Cara kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi
b) Ciri-ciri barang awam
c) cara kerajaan campurtangan dalam sistem ekonomi campuran
d) Perbezaan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam

2.
a) Mengira cukai pendapatan
b) Menjelaskan pemberi pinjaman modal perlu dibayar ganjaran faedah
c) Jenis-jenis pendapatan individu

3.
a) Faktor peralihan keluk penawaran ke kanan
b) Mengira keanjalan harga penawaran berdasarkan jadual dan mentafsirkan nilai pekali keanjalan penawaran
c) Kesan ke atas pasaran berdasarkan situasi/peristiwa

4.
a) Ciri-ciri wang
b) Cara bank pusat mengawal inflasi
c) Konsep skim perbankan Islam

5.
a) Jenis belanjawan kerajaan dan sumber pinjaman kerajaan
b) jenis perbelanjaan kerajaan dan perbezaan perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan

Bahagian B
6.
a) Cara memaksimumkan keuntungan berdasarkan nilai pekali keanjalan
b) kadar pertukaran asing
c) Sekatan perdagangan
d) Fungsi Bank Saudagar
e) Perbezaan perdagangan dalam negeri dengan perdagangan luar negeri


Kedah
1.
a) Cara individu, firma dan kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi
b) Cara sistem ekonomi campuran mengawal harga barang di pasaran
c) Mengira cukai pendapatan

2.
a) Tujuan individu membuat pinjaman
b) Faktor peralihan keluk permintaan ke kanan
c) Mengira keanjalan harga penawaran dan mentafsir nilai pekali keanjalan harga penawaran

3.
a) Mengira jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut berdasarkan jadual serta menerangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut
b) Kesan ke atas pasaran berdasarkan situasi/peristiwa

4.
a) Peranan Bank Pusat sebagai jurubank kepada kerajaan
b) “Faktor mempengaruhi perubahan struktur ekonomi negara
C) Cara pinjaman dalam negeri

5.
a) Perbezaan perdagangan dalam negeri dengan perdagangan luar negeri
b) (i) Imbangan dagangan
(ii) Sekatan Perdagangan
(iii) Kesan kadar pertukaran asing ke atas imbangan dagangan

Bahagian B
6.
a) Konsep kekurangan
b) Kebaikan perdagangan antarabangsa
c) Kepentingan pertukaran asing
d) Mengira kadar pertukaran asing
e) Jenis-jenis cukai tidak langsung


Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Sabah

Bahagian A
1.
a) Ciri sistem ekonomi Islam
b) Konsep upah wang dan upah benar serta pengiraan upah benar
c) Ciri barang awam

2.
a) Konsep aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor
b) Peranan bank pusat sebagai juruwang kepada kerajaan
c) Sumbangan institusi kewangan bukan bank kepada ekonomi negara

3.
a) Menerangkan maksud perubahan kuantiti diminta akibat perubahan harga berdasarkan
keluk permintaan
b) Faktor-faktor peningkatan dalam permintaan selain faktor harga barang itu
c) Melukis keluk penawaran pasaran berdasarkan keluk penawaran firma dan menerangkan
pembentukannya

4.
a) Konsep jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam pengeluaran
b) Mengira jumlah kos, kos purata dan kos sut berdasarkan jadual
c) Kesan ke atas pasaran berdasarkan situasi/peristiwa

5.
a) Kebaikan perdagangan Antarabangsa
b) Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa
c) Kadar pertukaran asing

Bahagian B
6.
a) Konsep barang pengganti
b) Konsep tabungan
c) (i) Mengira keanjalan harga penawaran
(ii)Keseimbangan dan ketidak seimbangan pasaran
d) (i) Keburukan perdagangan antarabangsa
(ii)Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan
e) Faktor-faktor penurunan dalam penawaran

SMK Balung

Bahagian A
1.
a) Cara kerajaan dan firma menyelesaikan masalah ekonomi
b) Perbezaan barang ekonomi dengan barang percuma
c) Masalah asas ekonomi
d) Perbezaan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancang pusat

2.
a) Faktor pemilihan pekerjaan
b) Jenis-jenis pendapatan individu
c) Konsep upah wang dan upah benar serta pengiraan upah benar
d) (i)Langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi
(ii)Cara membuat tabungan

3.
a) (i) Melukis keluk permintaan berdasarkan jadual dan menerangkan pembentukannya
berdasarkan hukum permintaan
(ii)Faktor- faktor mempengaruhi permintaan durian
b) Mengira keanjalan harga penawaran dan menerangkan nilai pekali keanjalan penawaran
c) Menerangkan keadaan pasaran berdasarkan keluk keseimbangan pasaran

4.
a) Ciri-ciri wang
b) Cara bank pusat mengawal inflasi
c) Fungsi bank perdagangan
d) Faktor perubahan struktur ekonomi daripada sektor utama kepada sektor kedua

5.
a) Konsep perbelanjaan kerajaan
b) Tujuan pinjaman kerajaan
c) Persamaan perdagangan dalam negeri dengan perdagangan luar negeri
d) Kepentingan pertukaran asing

Bahagian B
6.
a) Mengira keluaran purata
b) Mengira keuntungan
c) Cara mengatasi kekurangan modal (Pinjaman)
d) Teknik pengeluaran dan faktor mempengaruhi penawaran
e) Kesan sekiranya firma menaikkan harga
f) Jenis sekatan perdagangan

Setakat ini saya hanya mempunyai 6 koleksi soalan percubaan SPM Ekonomi Asas. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan percubaan sekolah, daerah mahupun negeri anda bolehlah menghantarnya kepada saya melalui e-mail iaitu riekadier@yahoo.com bagi membolehkan saya menganalisis tajuk-tajuk yang dijangka keluar dalam SPM pada 2 Disember ini.

Fokus SPM Ekonomi Asas Tingkatan 5

Beberapa minggu yang lalu saya ada menulis mengenai tajuk-tajuk di tingkatan 4 yang perlu diberikan fokus oleh pelajar-pelajar yang mengambil kertas Ekonomi Asas. Baru-baru ini, saya sekali lagi menerima e-mail daripada beberapa orang pelajar meminta saya agar menyambung tulisan saya mengenai tajuk-tajuk di tingkatan 5 yang perlu diberikan fokus. Bagi memenuhi permintaan pelajar-pelajar tersebut saya senaraikan tajuk-tajuk yang perlu diberi fokus oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada analisis soalan-soalan SPM 2004-2007 dan berdasarkan soalan-soalan percubaan SPM 2008 beberapa buah negeri yang saya perolehi.

Fokus SPM 2008 Ekonomi Asas Tingkatan 5

Bab 1 Wang dan Institusi Kewangan
a) Ciri-ciri wang
b) Fungsi bank perdagangan
c) Konsep Skim Perbankan Islam
d) Fungsi Bank Pusat
e) Cara bank pusat mengawal Inflasi/kemelesetan

Bab 2 Ekonomi Malaysia
a) Masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama
b) Faktor mempengaruhi perubahan struktur ekonomi negara
c) Jenis-jenis Cukai langsung dan cukai tidak langsung
d) Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan
e) 3 Jenis belanjawan negara
f) Sumber pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negeri
g) Tujuan pinjaman kerajaan

Bab 3 Hubungan Ekonomi Antarabangsa
a) Persamaan dan perbezaan Perdagangan dalam negeri
dan perdagangan antarabangsa
b) Kebaikan perdagangan antarabangsa
c) Imbangan dagangan
d) Imbangan pembayaran
e) Jenis sekatan perdagangan
f) Tujuan sekatan perdagangan
g) Kepentingan pertukaran asing
h) Pengiraan kadar pertukaran asing
i) Kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap eksport dan import

SOALAN SPM 2088 BM KERTAS 2

Alhamdulillah soalan BM kertas 2 tahun ini agak mudah kerana apa yang diramalkan keluar. Semalam sebaik sahaja kertas ini tamat beberapa orang pelajar menemui saya dan memberitahu saya kebanyakan soalan yang keluar adalah seperti yang diramalkan. Memang benar apabila saya melihat kertas soalan tersebut soalan yang keluar sebahagian besarnya terdapat dalam koleksi soalan percubaan SPM antara negeri (boleh rujuk kepada analisis perbandingan soalan percubaan SPM antara negeri/daerah/sekolah yang saya sediakan sebelum ini). Apapun anda semua telah berusaha dan sama-samalah kita tunggu hasilnya kelak. Semoga semuanya memperoleh keputusan yang cemerlang untuk subjek Bahasa Melayu.

Soalan 1:Rumusan

Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.

soalan 2(b) Petikan Cerpen/Drama

Cerpen Di Sisi Rinda (Antologi Kerusi)
(Percubaan SPM Kelantan, Perak, W.P Kuala Lumpur, dan Perlis)

Soalan 2(c)Prosa Klasik

Peminangan Puteri Gunung Ledang (Antologi Anak Laut)
(Percubaan SPM SBP, Johor, Perak, Times Higher Education (soalan (i) dan (iii) sama dengan SPM sebenar), Melaka, Pahang, Daerah Sepang, dan Negeri Sembilan)

Soalan 2(d) Puisi Tradisional/Sajak

Pantun Lapan Kerat
(Percubaan SPM Sabah, Melaka dan Pahang)

Soalan 3(a) Bina Ayat
(i) suka duka
(ii) baik buruk
(iii) penat lelah
(iv) melayari laman web
(v) pembangunan mesra alam
(vi) semangat setia kawan

Soalan 3(b) Nyatakan pola ayat sama ada ayat tersebut adalah pola ayat;
(Frasa Nama + Frasa Nama)
(Frasa Nama + Frasa Kerja)
(Frasa Nama + Frasa Adjektif)
(Frasa Nama + Frasa Sendi Nama)
(Bentuk soalan seperti percubaan SPM Johor dan Melaka)

Soalan 3(c)Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan dalam petikan

Soalan 3 (d) Membetulkan kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat

Soalan 3 (e) Membina ayat berdasarkan peribahasa
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
(Bentuk soalan seperti percubaan SPM Sabah, MRSM, Perak, Terengganu, dan Pahang)

Soalan 4:Novel

(a) Jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda
(Hampir sama dengan Learning To Score Perak, Percubaan SPM SMJK Chung Hwa Kota Bharu Kelantan dan Johor)

(b) Perbandingan satu latar masyarakat dalam dua buah novel
(Hampir sama dengan percubaan SPM Melaka dan Pahang)

Tuesday, November 11, 2008

SOALAN SPM 2008 BM KERTAS 1

Bahagian A

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada fenomena pencemaran sungai. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Bahagian B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya.

2. Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

3. Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

4. Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

5. Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

Sunday, November 9, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM 2008

Kepada semua anak didik saya di SMK Balung Tawau dan kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM tahun ini, cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Buat yang terbaik dan cikgu doakan semoga anda semua memperoleh kejayaan cemerlang. Terima kasih saya ucapkan khususnya kepada Cikgu Razak, Cikgu Ghalib, Cikgu Zaki dan Cikgu Tan atas perkongsian ilmu. Tidak lupa kepada semua rakan guru dan pelajar yang sudi mengunjungi blog ini. Terima kasih juga atas segala komen, teguran dan cadangan yang diberikan oleh pengunjung blog ini. Saya hanyalah insan biasa yang sekadar ingin berkongsi ilmu. Andai ada kekhilafan saya mohon kemaafan.

Thursday, November 6, 2008

Jawapan Novel bagi zon Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu (Novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang)

a) Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Terminal Tiga

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga. Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Rimpa merupakan anak yang bertanggungjawab. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.

Selain itu, tanggungjawab terhadap pelajaran juga terdapat dalam novel Terminal Tiga. Rimpa merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajaran. Contohnya Rimpa sanggup menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Walaupun hidup miskin dan serba kekurangan namun hal itu tidak menjadi penghalang kepada Rimpa untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan.


Seteguh Karang
Novel yang saya kaji ialah novel Seteguh Karang. Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Awanis amat mengambil berat dan menyayangi adik angkatnya iaitu Anita. Dia sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

Selain itu terdapat juga nilai tanggungjawab terhadap pelajaran dalam novel ini. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Contohnya Awanis sanggup mengambil semula peperiksaan SPM walaupun gagal kali pertama dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel itu.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang. Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran. Rimpa dan Awanis amat mementingkan pelajarannya. Dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa meneruskan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan walaupun berdepan dengan kemiskinan. Dalam novel Seteguh Karang pula, Awanis mengambil semula SPM setelah gagal kali pertama dan berjaya meneruskan pelajarannya di UiTM.

Perbezaan latar masyarakatnya pula ialah dalam novel Terminal Tiga terdapat gambaran masyarakat pedalaman Sabah. Dalam novel ini masyarakat pedalaman Sabah digambarkan masih dibelenggu dengan kemiskinan dan mengamalkan cara hidup tradisi. Contohnya keluarga Rimpa hidup miskin dan mengamalkan cara hidup sara diri dengan bekerja sebagai petani.

Dalam novel Seteguh Karang pula latar masyaraktnya ialah masyarakat bandar. Dalam novel ini digambarkan masyarakat bandar yang hidup moden dan berada. Contohnya keluarga Awanis yang tinggal di bandar raya Ipoh merupakan keluarga berada kerana ayahnya memiliki syarikat pembinaan.

c) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah bekerjasama menjayakan bengkel penulisan. Contohnya bang Maily dan Rimpa bekerjasama menjayakan persembahan pada malam penutupan bengkel penulisan yang diadakan di Kundasang.

Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah bekerjasama mencari keluarga kandung Anita. Contohnya Awanis membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

d) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Terminal Tiga
Antara mesej yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kita hendaklah saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Contohnya Rimpa mengasihi keluarganya dan sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan mereka.

Selain itu kita juga seharusnya tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu.

Seteguh Karang
Antara mesej yang terdapat dalam novel Seteguh Karang, kita seharusnya memiliki keberanian dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan oleh Encik Johari menunggang motosikal buruk yang rosak breknya dan menjatuhkan setandan buah kelapa sawit semasa menjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu.

Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk mencapai cita-cita. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM

e)Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Antara persoalan kasih sayang yang terdapat dalam Novel Terminal Tiga ialah kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Rimpa menyayangi ayahnya meskipun ayahnya telah 10 tahun meninggalkan mereka. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.

Dalam novel Seteguh Karang antara persoalan kasih sayang ialah kasih sayang seorang kakak terhadap adik angkatnya. Awanis sangat menyayangi adik angkatnya iaitu Anita yang dibela oleh kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Contohnya Awanis sanggup membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya.

f)Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang

Antara nilai kebijaksanaan watak utama yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kebijaksanaan Rimpa dalam pelajaran. Contohnya meskipun berasal dari pedalaman namun atas kebijaksanaannya dalam bidang penulisan Rimpa berjaya melanjutkan pelajarannya ke Akademi Seni Kebangsaan.

Selain itu kebijaksanaan Rimpa berdepan dengan cabaran kemiskinan ketika menuntut di Akademi Seni Kebangsaan. Rimpa bijak berjimat cermat dan menghantar hasil penulisannya ke akhbar-akhbar dan majalah untuk menampung perbelanjaannya.

Antara nilai kebijaksanaan watak utama dalam novel Seteguh Karang ialah kebijaksanaan Awanis dalam menghadapi kegagalan. Walaupun gagal pertama kali dalam peperiksaan SPM namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengambil semula SPM. Awanis berjaya mendapat keputusan yang baik dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UiTM.

Selain itu terdapat juga kebijaksanaan Awanis berdepan dengan Encik Johari yang memandang rendah keupayaan wanita. Awanis cuba membuktikan segala pandangan Encik Johari itu tidak benar. Oleh itu, Awanis sanggup menghadapi segala cabaran yang diberikan oleh Encik Johari termasuklah menjatuhkan setandan buah kelapa sawit.

g) Sesebuah karya novel banyak mengandungi nilai murni. Dengan memberikan contoh berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan apakan tujuan nilai- nilai murni diterapkan dalam karya.

Terminal Tiga
Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Dalam novel Terminal Tiga, nilai ketabahan yang ditunjukkan Rimpa yang sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu perlu dijadikan contoh oleh pembaca.


Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel Terminal Tiga nilai prihatin yang ditunjukkan oleh Ruzaini terhadap keluarga Rimpa sepanjang Rimpa berada di Akademi Seni Kebangsaan menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat pedalaman Sabah yang masih kukuh nilai kejiranan mereka.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Terminal Tiga, hal ini dapat dilihat melalui kegighan Rimpa menuntut ilmu meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan.

Seteguh Karang
Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Dalam novel Seteguh Karang nilai ketabahan yang ditunjukkan Awanis yang sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup seperti kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan jalan raya perlu dijadikan contoh oleh pembaca.

Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel Terminal Tiga nilai tolong-menolong yang ditunjukkan oleh Kak Nor terhadap Awanis dengan menumpangkan Awanis di rumahnya dan Awanis pula membantu membuat kerja-kerja dapur sepanjang Awanis menjalani praktikal di Hulu Terengganu menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat kampung yang masih kukuh nilai tolong-menolong mereka.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Seteguh Karang, hal ini dapat dilihat melalui kegigihan Awanis menuntut ilmu. Meskipun gagal pertama kali mengambil SPM, namun Awanis terus gigih mengambil semula SPM dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

h) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah nilai tanggungjawab. Rimpa seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pulang ke Sabah dan pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di sana.

Selain itu, nilai Ketabahan turut terdapat dalam novel ini. Rimpa merupakan seorang yang tabah. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu.

Dalam novel Seteguh Karang, antara nilai kemanusiaan yang dipaparkan ialah nilai baik hati. Pak Oni iaitu bapa saudara Awanis seorang yang baik hati. Contohnya Pak Oni selalu melawat Awanis dan membantu Awanis adik beradik menyediakan makanan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah kasih sayang. Awanis menyayangi keluarganya. Contohnya Awanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya.

i) Jelaskan dua kesan yang dialami oleh pembaca selepas selesai membaca novel yang dipelajari.

Teminal Tiga
Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga ialah gembira. Hal ini demikian kerana ayah Rimpa telah kembali ke pangkuan keluarga setelah 10 tahun menghilang. Selain itu Rimpa akhirnya berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM 3000 daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah.

Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga. Contohnya peristiwa ketika Rimpa meninggalkan keluarganya dan kampung halamannya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam keadaan yang dihimpit masalah kewangan kerana kemiskinan amat menyedihkan pembaca.


Seteguh Karang
Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Seteguh Karang ialah gembira. Hal ini demikian kerana Awanis, Anita dan Kak Maysarah akhirnya berbaik dan bersatu kembali setelah berdepan dengan pelbagai konflik keluarga.

Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga. Contohnya peristiwa ketika Awanis terpaksa mendaftar seorang diri di UiTM perlis Arau tanpa ditemani ahli keluarga setelah kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan jalanraya.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template