Sunday, November 21, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM 2010


Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM yang akan bermula pada 23 November 2010 (Selasa) kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut khususnya kepada anak didik saya Tingkatan 5 Sains 1, 5 Bestari, 5 Fasih dan 6 Atas Arif di SMK Balung Tawau. Pastikan anda membaca soalan dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab. Selamat berjuang, dan saya doakan semoga anda semua dapat menjawab dengan cemerlang khususnya kertas Bahasa Melayu SPM dan Pengajian Am STPM.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Walau tidak dapat bertemu,
Tangan tidak dapat bersalam,
Ucapan tidak dapat didengar,
Mata tidak dapat bertentang,
Mohon ampun dan maaf segala silap,
yang nampak dan tersembunyi,
Kerana ada ketikanya,
Mata tersilap pandang,
Telinga tersalah dengar,
Lidah terlanjur kata,
dan hati tersalah duga,
Salam Aidilfitri 1431H,
MAAF ZAHIR BATIN,

Daripada MUSRI KADIR & ISTERI

Friday, August 27, 2010

Mencari Diri


Mencari diri

Dalam usia sebegini

aku masih mencari diri

antara garis waktu dan baris pengalaman

terasa diri dikejar dosa masa lalu

Akulah pencari diri

berlari di kaki langit

mengejar mentari

namun sirna dan pergi

di ufuk bumi

Ketika malam melabuhkan tirai


Dalam gelap dan kelam

berjalan di dada malam

masih aku mencari diri

lalu kutemui sejalur cahaya

dalam jubah hidayah-Mu


di sudut sejadah

aku menemui diriku

aku hanya segenggam tanah

yang hina dan lemah

akan kembali ke negeri abadi

Musri Kadir

Tawau, Sabah

27 Ogos 2010

17 Ramadan 1431

Thursday, August 26, 2010

Nikmat Ujian



Terima kasih penderitaan
aku belajar menghargai
nikmat kesenangan

Terima kasih kesusahan
mengajar aku menjadi lebih tabah
mengharungi cabaran dan dugaan

Terima kasih kesukaran
aku mengerti akan kesyukuran
menghargai segala nikmat kurniaan

Terima kasih kegagalan
memberiku kekuatan
bangun dan kembali bangkit
menyusun langkah meneruskan perjuangan

Terima kasih cabaran
menguatkan azam
agar aku teguh membulatkan tekad
mengharungi rintangan menggapai kejayaan

Terima kasih keji dan caci
menyedarkan aku
tidak tenggelam dilambung sanjung dan puji

Terima kasih kritikan
menyedarkan aku
agar selalu muhasabah merenung diri
memperbaiki kesilapan diri

Terima kasih Tuhan
memberi nikmat dan ujian
aku belajar mengenal kehidupan
aku belajar mengerti keinsanan
aku reda menerima ketentuan

Musri Kadir
Tawau, Sabah
25 Ogos 2010
15 Ramadan 1431

Thursday, July 29, 2010

Analisis KOMSAS SPM 2001-2010

SOALAN

SPM

PETIKAN

ANTOLOGI

ASPEK KOMSAS

2(d)

SPM N 2001

Sajak – Aku Menjadi Lebih Berani

Anak Laut

Persoalan

SPM U 2002

Syair – Syair Jong Pecah

Kerusi

Pengajaran

SPM N 2002

Gurindam – Gurindam Baris Hadapan

Anak Laut

Mesej

SPM U 2003

Sajak – Keindahan Yang Hilang

Kerusi

Tema

SPM N 2003

Sajak – Tukang Gunting

Kerusi

Perwatakan - sifat

SPM U 2004

Pantun – Pantun Mengenang Nasib

Anak Laut

Pengajaran

SPM N 2004

Seloka – Seloka Pandai Pak Pandir

Kerusi

Tema & persoalan

SPM U 2005

Syair – Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih

Anak Laut

Watak

SPM N 2005

Sajak – Sejarah

Kerusi

Persoalan

SPM U 2006

Sajak – Pembeli Masa Sudah

Anak Laut

Pengajaran

SPM N 2006

Syair – Syair Pembunuhan Angreni

Anak Laut

Nilai Murni

SPM U 2007

Sajak – Di Kota Kecilku

Kerusi

Persoalan

SPM N 2007

Gurindam - Memelihara Anggota dan Hati Daripada Kejahatan

Kerusi

Pengajaran

SPM U 2008

Sajak – Manusia dan Kesejahteraan

Anak Laut

Tema

SPM N 2008

Pantun - Lapan Kerat

Kerusi

Nilai

SPM U 2009

Pantun - Kiasan

Anak Laut

Pengajaran

SPM N 2009

Sajak - Anak Laut

Anak Laut

Pengajaran

SPM U 2010

Sajak - Derita Pertama

Anak Laut

Persoalan

SPM N 2010

JANGKAAN

Seloka – Pak Kaduk

Syair – Kelebihan Ilmu

Pantun – Enam Kerat

Sajak – Jalan-jalan Raya Kotaku

Sajak – Duhai Pentafsir

Sajak – Di Ruang Gemanya

Anak Laut

Kerusi

Kerusi

Anak Laut

Kerusi

Kerusi


Berdasarkan analisis, seloka Pak Kaduk dan Syair Kelebihan Ilmu dilihat sebagai tajuk pilihan dalam bahagian ini. Namun begitu, Pantun Enam Kerat, Sajak Jalan-Jalan Raya Kotaku, Duhai Pentafsir dan Di Ruang Gemanya juga perlu diberi keutamaan kerana belum pernah diuji dalam peperiksaan SPM.

Analisis KOMSAS SPM 2001-2010

SOALAN

SPM

PETIKAN

ANTOLOGI

2(c)

SPM N 2001

Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu bapanya

Anak Laut

SPM U 2002

Pertarungan Tuah dan Jebat

Anak Laut

SPM N 2002

Kezaliman Membawa Padah

Kerusi

SPM U 2003

Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah

Anak Laut

SPM N 2003

Asal Usul Raja Kecil

Kerusi

SPM U 2004

Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

Kerusi

SPM N 2004

Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah

Anak Laut

SPM U 2005

Kezaliman Membawa Padah

Kerusi

SPM N 2005

Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu bapanya

Anak Laut

SPM U 2006

Sikap Terburu-buru membawa padah

Anak Laut

SPM N 2006

Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

Kerusi

SPM U 2007

Pertarungan Tuah dengan Jebat

Anak Laut

SPM N 2007

Asal Usul Raja Kecil

Kerusi

SPM U 2008

Kezaliman Membawa Padah

Kerusi

SPM N 2008

Peminangan Puteri Gunung Ledang

Anak Laut

SPM U 2009

Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah

Anak Laut

SPM N 2009

Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

Kerusi

SPM U 2010

Asal-Usul Raja Kecil

Kerusi

SPM N 2010

JANGKAAN

Sabor

Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu bapanya

Pertarungan Tuah dengan Jebat

Kezaliman Membawa Padah

Peminangan Puteri Gunung Ledang

Kerusi

Anak Laut

Anak Laut

Kerusi

Anak Laut


Berdasarkan analisis, hanya tajuk Sabor sahaja yang belum pernah diuji dalam bahagian ini. Walaupun demikian, tajuk-tajuk seperti Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu bapanya, Pertarungan Tuah dengan Jebat, Kezaliman Membawa Padah dan Peminangan Puteri Gunung Ledang tidak harus diketepikan.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template