Berdasarkan analisis untuk
bahagian 4(a), dan mengambil kira soalan
SPM sebenar 2011 dan SPM Jun 2012, aspek KOMSAS yang perlu diberi perhatian dalam
SPM 2012 ialah persoalan, latar masyarakat, latar tempat, nilai, plot dan
teknik plot.
Sementara untuk bahagian 4(b), aspek KOMSAS yang perlu
diberi tumpuan ialah latar masyarakat, latar tempat, perwatakan, nilai, dan teknik plot.
ANALISIS SOALAN NOVEL
PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI SPM 2012
BAHAGIAN
|
NEGERI
|
SOALAN
|
ASPEK KOMSAS
|
4 (a)
|
Melaka
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Tema (SPM JUN 2012)
|
Perlis
|
Jelaskan tema berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari.
|
Tema (SPM JUN 2012)
|
|
MRSM
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan tema berserta huraian peristiwa yang terdapat dalam novel
tersebut.
|
Tema (SPM JUN 2012)
|
|
Kelantan
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, terdapat persoalan ketabahan watak utama menghadapi dugaan dalam
kehidupan. Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan
tersebut.
|
Persoalan
|
|
YIK
|
Watak utama dalam sesebuah novel sering
dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang mengalamai konflik. Huraikan dua
konflik yang dialami oleh watak utama dalam sesebuah novel yang anda pelajari
dan bagaimanakah konflik itu dapat diselesaikan olehnya?
|
Perwatakan
|
|
JUJ Pahang
(Set 2)
|
Sebuah novel sering memaparkan konflik yang
dihadapi oleh watak utama. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak tersebut.
|
Perwatakan
|
|
Perak
|
Kebiasaannya sesebuah novel menonjolkan watak
utama yang banyak menempuh cabaran dalam kehidupan. Huraikan cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh watak utama berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
|
Perwatakan
|
|
Times Education
|
Latar masyarakat banyak memberikan pengajaran
kepada pembaca. Berdasarkan salah satu daripada novel yang anda kaji,
nyatakan dua perbuatan latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan.
|
Latar masyarakat
|
|
Selangor
|
Terdapat pelbagai latar tempat yang dipaparkan
dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,
huraikan dua latar tempat serta peristiwa yang dikaitkan dengan latar tempat
tersebut.
|
Latar tempat
|
|
Johor
|
Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang
telah anda pelajari.
|
Latar tempat
|
|
Terengganu
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.
|
Nilai
|
|
Pahang
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Nilai
|
|
P. Pinang
|
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan
dua situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat.
|
Nilai
|
|
SBP
|
Dalam sesebuah novel, terdapat
peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan sebuah novel
yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab peristiwa
itu berjaya menarik perhatian anda.
|
Plot
|
|
Sarawak Zon Kuching
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, huraikan beberapa peristiwa menarik yang terdapat dalam novel
tersebut.
|
Plot
|
|
N. Sembilan
|
Kesesuaian pemilihan judul sesebuah novel dapat
dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas
berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
|
Plot
|
|
Kedah
|
Jelaskan peleraian cerita daripada sebuah novel
yang anda pelajari
|
Plot
|
|
JUJ Pahang
(Set 1)
|
Penggunaan sesuatu teknik dalam sesebuah novel
menjadikan novel tersebut lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang anda
kaji, jelaskan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel
tersebut.
|
Teknik plot
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN
|
NEGERI
|
SOALAN
|
ASPEK KOMSAS
|
4 (b)
|
SBP
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,
huraikan satu latar masyarakat yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
|
Latar masyarakat
|
Terengganu
|
Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat
dalam dua buah novel yang anda pelajari.
|
Latar masyarakat
|
|
Kelantan
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari, terdapat pelbagai latar masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang.
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut
|
Latar masyarakat
|
|
N. Sembilan
|
Latar memainkan peranan penting dalam sesebuah
novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar
masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Latar masyarakat
|
|
JUJ Pahang
(Set 2)
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
bandingkan satu latar masyarakat dalam setiap novel itu.
|
Latar masyarakat
|
|
Perlis
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan satu latar tempat daripada setiap novel tersebut.
|
Latar tempat
|
|
Sarawak Zon Kuching
|
Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti
akan berhadapan dengan pelbagai dugaan kehidupan. Berdasarkan dua buah novel
yang telah anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflik
yang dihadapi dalam setiap novel.
|
Perwatakan
|
|
MRSM
|
Watak sampingan banyak membantu watak utama
dalam sesebuah penceritaan. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari, huraikan satu perwatakan watak sampingan dalam setiap novel.
|
Perwatakan
|
|
YIK
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap
novel.
|
Nilai
|
|
Melaka
|
Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat
dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
|
Nilai
|
|
Johor
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada novel tersebut
|
Nilai
|
|
P. Pinang
|
Setiap novel mengandungi pelbagai nilai murni
yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa
yang menggambarkan nilai kerjasama daripada setiap novel tersebut.
|
Nilai
|
|
JUJ Pahang
(Set 1)
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan satu nilai kegigihan yang dipaparkan dalam kedua-dua novel itu.
|
Nilai
|
|
Kedah
|
Huraikan satu pengajaran bagi kedua-dua buah
novel yang anda pelajari.
|
Pengajaran (SPM JUN 2012)
|
|
Perak
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,
jelaskan satu pengajaran daripada setiap novel tersebut.
|
Pengajaran (SPM JUN 2012)
|
|
Times Education
|
Huraikan satu teknik penceritaan yang digunakan oleh
pengarang dalam dua buah novel yang anda kaji.
|
Teknik plot
|
|
Selangor
|
Jelaskan dua teknik plot yang terdapat dalam
sebuah novel yang telah anda pelajari.
|
Teknik plot
|
|
Pahang
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari, huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua
novel tersebut.
|
Teknik plot
|