Sunday, November 22, 2009

Selamat Menduduki Kertas Pengajian Am 2 STPM



Esok 23 November 2009 para pelajar STPM akan menduduki kertas Pengajian Am 2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut khususnya kepada anak didik saya tingkatan 6 Atas Arif dan 6 Atas Dinamik di SMK Balung. Tidak lupa juga kepada semua pelajar SMK Balung dan semua pelajar di seluruh negara yang akan menduduki kertas tersebut pagi esok. Buat yang terbaik dan saya doakan anda semua berjaya menjawab kertas tersebut dengan cemerlang.

Thursday, November 19, 2009

Kursus Asas Kepegawaian Guru Penyelaras Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sabah

Para pegawai dan jurulatih Jabatan Pertahanan Awam
bersama peserta-peserta kursus

Saya telah mengikuti Kursus Asas Kepegawaian Guru Penyelaras Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sabah selama 5 hari dari 15 November hingga 19 November 2009 yang telah diadakan di Ranggu Holiday Village. Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah yang disertai oleh seramai 45 orang guru dari seluruh negeri Sabah diadakan untuk mendedahkan ilmu dan kemahiran berbentuk teori dan praktikal kepada guru-guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam. Para jurulatih didatangkan khas dari Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi, Pusat Latihan Pertahanan Awam Baling, dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka.






Senarai Peserta Kursus

BIL

NAMA

ALAMAT SEKOLAH



1

ABDUL RAMAN BIN OSMAN

SMK BELURAN BESTARI, PETI SURAT 30, 90107 BELURAN SANDAKAN


2

AHMAD DAUD BIN MAAN

SMK BALUNG, PETI SURAT 60070, 91010 TAWAU SABAH


3

ARINE GUNGAT

SM KEN HWA, PETI SURAT 55, 89007 KENINGAU SABAH


4

ASMIDA AZIZ

SMK KABOTA, PETI SURAT 61254, 91022 TAWAU SABAH


5

AZMI AZLAN

SMK SOOK, PETI SURAT 16138, 89008 KENINGAU SABAH


6

CLARENCE BIN JOANNES SIGAM

SMK ST JOHN TUARAN, PETI SURAT 248, 89208 TUARAN SABAH


7

DEYNATA EXTACIA V.J

SM TEKNIK KENINGAU, BEG BERKUNCI NO.4, 89009 KENINGAU SABAH


8

DOLLORES DIEGO

SMK TAWAU, PETI SURAT 295, 91007 TAWAU SABAH


9

EDISON JIM

SMK SOOK, PETI SURAT 16138, 89008 KENINGAU SABAH


10

FARLI BIN SABDARI

SMK WALLACE BAY, PETI SURAT 61014, 91020 TAWAU SABAH


11

HARRIS SUMBIN

SMK KINABUTAN, PETI SURAT 60267, 91012 TAWAU SABAH


12

HASNI PAITOLA

SM HOLY TRINITY, PETI SURAT 60918, 91019 TAWAU SABAH


13

IMEE SAMUIL

SMK ST JOHN, PETI SURAT 248, 89208 TUARAN SABAH


14

JONAS BIN GOHOL

SM ST MICHEAL, PETI SURAT 66, 89507 PENAMPANG SABAH


15

MAPPIASSE BIN PALILU

SMK MEROTAI BESAR, PETI SURAT 272, 91007 TAWAU SABAH


16

MASDARWIS BIN MASKOR

SMK BUKIT GARAM, WDT 12 , 90200 KINABATANGAN SABAH


17

MOHAMMAD SABIR BIN MUHAMADIN

SMK ABAKA, PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH


18

MOHD AZIRUL FIRDAUS AHMAD

SMK KALABAKAN, PETI SURAT 62494, 91034 TAWAU SABAH


19

MOHD FAZIL KIPINIH

SMK PADANG BERAMPAH, PETI SURAT 152, 89857 SIPITANG SABAH


20

MOHD NIZAMUL BIN TUGIMAN

SMK ELOPURA II, WDT 136 P.P.P, 90500 SANDAKAN SABAH


21

MUSRI BIN KADIR

SMK BALUNG, PETI SURAT 60070, 91010 TAWAU SABAH


22

NIK HASLIZAWATI NIK AB.MAJID

SM TEKNIK KENINGAU, BEG BERKUNCI NO.4, 89009 KENINGAU SABAH


23

NOOR HISAM BIN MAHUSSIN

SMK BUKIT GARAM, WDT 12 , 90200 KINABATANG SABAH


24

NORAIDA BINTI RANI

SMK JALAN APAS, PETI SURAT 61276, 91022 TAWAU SABAH


25

NORASHIKIN SAILUN

SMK TAWAU II, PETI SURAT 1980, 91044 TAWAU SABAH.


26

NORHASLINDA BINTI YAHAYA

SMK GUM-GUM, PPM 46 ELOPURA, 90000 SANDAKAN SABAH


27

NORHAYATI AMIR

SM TEKNIK TAWAU, PETI SURAT 61156, 91021 TAWAU SABAH


28

NUR HIDAYAH ARIFIN

SMK PASIR PUTIH, PETI SURAT 1932, 91044 TAWAU SABAH


29

REDZUAN BIN HAMZAH

SMK ELOPURA II, WDT 136 P.P.P, 90500 SANDAKAN SABAH


30

ROSLEE BIN ABDUL GHANI

SM TEKNIK KENINGAU, BEG BERKUNCI NO.4, 89009 KENINAGAU SABAH


31

RUSZITA BINTI ABDUL HAMID

SMK UMAS-UMAS, PETI SURAT 1071, 91042 TAWAU SABAH


32

SABRI BIN BACO

SM HOLY TRINITY, PETI SURAT 60918, 91019 TAWAU SABAH


33

SAHARUNIZAN BIN SAPARUDDIN

SMK JALAN APAS, PETI SURAT 61276, 91022 TAWU SABAH


34

SAIDULKHAIR BIN KARIMIN

SMK MEROTAI BESAR, PETI SURAT 272, 91007 TAWAU SABAH


35

SALMI BT HARUN

SMK PASIR PUTIH, PETI SURAT 1932, 91044 TAWAU SABAH


36

SALOMA BT AMBO

SM ST PATRICK, PO BOX 124, 91007 TAWAU SABAH


37

SARAH FRANCIS TUNDING

SM ST MICHEAL, PETI SURAT 66, 89507 PENAMPANG SABAH


38

SHAIKH FAIZAL BIN HUSSEIN MATTAR

SMK AGAMA SANDAKAN, PETI SURAT 151, 90307 SANDAKAN SABAH


39

SHAMSUL RIZAL ZULFATMI

SMK GUM-GUM, PPM 46 ELOPURA, 90000 SANDAKAN SABAH


40

SHAMZALINA BINTI AZAHAR

SMK BELURAN BESTARI, PETI SURAT 30, 90107 BELURAN SABAH


41

SUTACNO BIN PONIMAN

SMK ABAKA, PETI SURAT 61754, 91027 TAWAU SABAH


42

TUAN MUHAMAD RUDY BIN T.MOKHTAR

SMK KABOTA, PETI SURAT 61254, 91022 TAWAU SABAH


43

VIVEMARLYEN F.MUDIN

SM KEN HWA, PETI SURAT 55, 89007 KENINGAU SABAH


44

VUN ING JEN

SMK TAWAU II, PETI SURAT 1980, 91044 TAWAU SABAH.


45

WAHYUNIE BINTI RAMDIN

SMK AGAMA SANDAKAN, PETI SURAT 151, 90307 SANDAKAN SABAH.



(Sumber Senarai Peserta: Jabatan Pertahanan Awam Sabah)

Bahasa Melayu SPM 2009

Hari ini saya baru berkesempatan melihat soalan Bahasa Melayu SPM 2009. Syukur Alhamdulillah kerana soalan-soalan yang dikemukakan sebahagian besarnya merupakan soalan jangkaan berdasarkan analisis yang dilakukan sebelum ini malah sebahagiannya telah pernah dijawab oleh para pelajar dalam latih tubi dan peperiksaan sebelumnya. Mudah-mudahan dengan soalan-soalan yang sebahagian besarnya menepati jangkaan, pelajar dapat menjawab dengan tepat seperti yang dikehendaki. Saya berdoa semoga pelajar-pelajar berjaya mendapat gred yang cemerlang dalam Bahasa Melayu SPM 2009.

Monday, November 9, 2009

Jamuan Perpisahan Tingkatan 5 dan 6 Atas


Hari ini adalah hari yang sungguh istimewa bagi kebanyakan guru kerana dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh para pelajar. Pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM mengadakan jamuan perpisahan kelas masing-masing. Kelas saya, tingkatan 5 Arif turut tidak ketinggalan mengadakan jamuan perpisahan. Meskipun sambutannya sederhana namun kesungguhan mereka bekerjasama menjayakan jamuan tersebut membuat perasaan saya sedikit sebak. Semoga jamuan ini meninggalkan memori indah sebelum tiba detik perpisahan. Beginilah beberapa gelagat pelajar dan guru yang sempat dirakam melalui lensa kamera.










Saya juga telah menghadiri jamuan perpisahan tingkatan 6 Atas Arif, 6 Atas Dinamik dan 5 Fasih. Kelas-kelas ini merupakan anak didik saya bagi subjek Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Saya doakan semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan yang bakal menjelang.







Monday, October 12, 2009

Koleksi Soalan Percubaan Pengajian Am STPM 2009

Kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM 2009, anda boleh mendapatkan koleksi soalan percubaan Pengajian Am dari beberapa buah negeri yang cikgu muat masuk ke dalam blog ini. Anda boleh memuat turun koleksi soalan tersebut di bahagian bawah sebelah kanan blog ini. Selamat mencuba.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Jalan Ramadan
bulan sejahtera segalanya
bulan penuh rahmat
datangmu membawa keampunan
membersihkan diri dari noda dan dosa
keburukan dipalingkan kebaikan dilimpahkan
dan kemuliaan malam Al-Qadar
lebih baik dari seribu bulan

Ya Allah,
dengan berlalunya Ramadan
lepaskan kami dari kesilapan kami
keluarkan kami dari kesalahan kami
lepaskan kami dari segala musibah
berkati kehidupan kami

Ya Allah, dengan datangnya Syawal yang mulia ini
ampuni dosa-dosa kami yang tampak dan tersembunyi
ampuni dosa ayah dan ibu kami
ampuni dosa adik beradik kami
ampuni dosa sahabat-sahabat kami
ampuni dosa guru-guru kami
ampuni dosa murid-murid kami
ampuni dosa jiran-jiran kami
dan ampuni dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi

dari lubuk hati kami penyesalan yang paling dalam
dari lidah kami permohonan maaf yang paling tulus
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf zahir dan batin

Musri Kadir dan Keluarga

Sunday, September 13, 2009

Al-Qadr : Malam Seribu Bulan


Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar. [Al Qadr: Ayat 1 - 5]


Anugerahi Aku Malam Seribu Bulan

Ya Rabb
Sekian lamanya
aku mencari dan menanti
dalam debar kerinduan penuh pengharapan
malam seribu bulan
yang tersembunyi di balik Arasy-Mu

Saat malam membisu dan sepi
semesta alam bertasbih dalam sunyi
akulah sang setia yang ikhlas
tegar menanti tanpa rintih
mengisi malam dengan amal
tasbih, tahmid, takbir dan zikir bersatu
larut dalam tafakur
memuja-Mu penuh syukur
dengan rasa kehambaan dan derai air mata keinsafan
mendamba ampunan
memugar cinta menyulam harap kasih-Mu
menanti rahmat malam seribu bulan

Datanglah Al-Qadr
datanglah kepadaku
dalam hening malam penuh kerinduan yang tak tertahankan
kunjungi jiwaku bersama janji malam seribu bulan
bekal amalan dan rahmat keampunan
di pengakhiran Ramadan penuh keberkatan

Ya Rahman, Ya Rahim
kupersembahkan munajat perkasihan ini kepada-Mu
anugerahi aku kemuliaan malam seribu bulan
menerangi amalku ke langit ketakwaan

Musri Kadir
Taman Sri Indah, Tawau
23 Ramadan 1430H
13 September 2009

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template