Friday, October 10, 2008

Analisis Perbandingan Soalan Percubaan BM SPM 2008

Saya telah mengumpul 21 set koleksi soalan percubaan BM SPM 2008 antara negeri, daerah, sekolah dan akhbar untuk dianalisis. Pelajar-pelajar dan guru-guru boleh memuat turun analisis ini untuk memudahkan ulangkaji.

Kertas 1 http://www.mediafire.com/?gry2l0tkxjf

Kertas 2http://www.mediafire.com/?mhjquyddmzm

Soalan Percubaan SPM Ekonomi Asas Kertas 2

Soalan http://www.mediafire.com/?mqito3t5mrz

Skema Jawapan http://www.mediafire.com/?mx5th4bznz5

Fokus Ekonomi Asas SPM 2008

Beberapa orang pelajar telah menghubungi saya melalui e-mail agar membincangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi perhatian bagi mata pelajaran Ekonomi Asas. Bagi memenuhi permintaan tersebut, pada kali ini saya akan membincangkan beberapa tajuk penting dalam Tingkatan 4. Berdasarkan analisis soalan-soalan SPM dari tahun 2000 - 2007, antara fokus yang perlu diberi perhatian oleh pelajar ialah;

Bab 1
a) Bagaimana firma dan kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi
b) Ciri dan perbezaan barang percuma dan barang awam
d) Masalah asas ekonomi
e) Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
f) Perbezaan Sistem-sistem ekonomi

Bab 2
a) Faktor pemilihan pekerjaan
b) Jenis pendapatan individu
c) Konsep upah wang dan upah benar (pengiraan upah benar)
d) Pengiraan pendapatan boleh cukai dan cukai pendapatan
e) konsep pelaburan, tabungan dan pinjaman
f) langkah-langkah membuat belanjawan peribadi

Bab 3
a) konsep keperluan dan kehendak
b) melukis keluk permintaan berdasarkan jadual dan menjelaskan hukum permintaan
c) faktor mempengaruhi permintaan

Bab 4
a) pengiraan keanjalan harga penawaran dan mentafsirkan pekali keanjalan penawaran
b) Faktor penentu penawaran
c) mengira jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut berdasarkan jadual dan menerangkan hubungannya dalam fungsi pengeluaran jangka pendek
d) konsep input tetap dan input berubah

Bab 5
a) menerangkan konsep keseimbangan dan ketidakseimbangan pasaran berdasarkan keluk permintaan dan penawaran
b) melukis keluk penawaran pasaran berdasarkan jadual dan menerangkan pembentukannya

Sunday, October 5, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri



Meskipun hari ini masuk hari kelima kita meraikan Aidilfitri namun masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan, pelajar dan tetamu yang mengunjungi laman blog ini. Tahun ini saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung isteri saya di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Saya kembali ke Tawau semalam dan esok akan kembali meneruskan tugas apabila sekolah dibuka selepas sambutan Aidilfitri. Apapun Sambutan Hari Raya kali ini disambut sederhana namun meriah. Sempat juga saya beraya hingga ke Batu Pahat Johor dan Banting Selangor selain Kuala Pilah dan Seremban mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Semoga ikatan kekeluargaan dan persaudaraan dapat dieratkan. Kepada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, September 23, 2008

Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Solat Hajat






20 September (Sabtu) pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Solat Hajat bagi Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun ini. Majlis ini berjalan dengan penuh semangat muhibbah dan kekeluargaan antara guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Semoga program seperti ini akan terus menjadi jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim dan didoakan semoga pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template