Sunday, May 31, 2009

Sambutan Hari Guru SMK Balung 2009

Pada 28 dan 29 Mei 2009 telah berlangsung sambutan Hari Guru SMK Balung. Sambutan berlangsung meriah dan penuh semangat kekeluargaan.

AJK Sukaneka sedang mengatur perjalanan sukaneka


AJK sedang menerangkan kepada guru-guru mengenai sukaneka


Pengetua Encik Thangavelu Supramaniam

Guru-guru sedang mendengar taklimat sukaneka

Sambil mendengar taklimat sempat lagi cikgu-cikgu ni berposing


Acara menjatuhkan kon menggunakan kelapa



Acara mengikat tali kasut.



Mengisi air dalam botol





Acara menyolek pasangan dengan mata tertutup


Acara tikar terbang membawa air

Cikgu Lapatelo dengan muka yang telah disolek. Hahahaha...


Guru-guru sedang berehat selepas acara sukaneka




Acara tarik tali antara guru lelaki VS PERTENA




Acara tarik tali guru wanita VS PERTENA








Pertandingan bola sepak guru pagi VS guru petang


Pertandingan futsal wanita guru pagi VS guru petang









Penyampaian Hadiah sukaneka yang
telah dimenangi oleh kumpulan Cikgu Zul

Pemenang Tarik tali lelaki. Guru mengalahkan PERTENA

Pemenang Tarik tali wanita.
Sebenarnya PERTENA yang menang tapi hadiah bagi pada guru wanita.

Asalkan dapat pegang hadiah tu cukuplah..

Pemenang Pertandingan Bola sepak.
Guru petang menewaskan guru pagi 3 - 2.

Guru-guru dan PERTENA

Pengetua dan YDP PIBG SMK Balung sedang diarak ke Dewan Serbaguna




Barisan Guru SMK Balung

Pemain-pemain kompang




Guru-guru dihadiahkan bunga telur oleh PERTENA

Guru-guru memenuhi dewan


Pelajar-pelajar turut memeriahkan majlis Sambutan Hari Guru


Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Ikrar Hari Guru

Ucapan Ketua Pelajar

Ucapan Pengetua

Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SMK Balung

Antara penerima anugerah

Persembahan Koir

Cabutan bertuah

Persembahan Nasid




Tuesday, May 26, 2009

Menjelang Sambutan Hari Guru SMK Balung


SMK Balung akan mengadakan sambutan Hari Guru pada 28 dan 29 Mei 2009. Pelbagai acara telah dirancang dan semua AJK yang telah dilantik sedang membuat persiapan. Dalam majlis sambutan Hari Guru kali ini, Alhamdulillah sebanyak 130 buah buku aturcara telah disiapkan pagi tadi. Terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Buku Aturcara iaitu cikgu Supirman Amir, cikgu Astia Adam dan cikgu Guslina Abd. Majid atas kerjasama yang diberikan. Berikut adalah tentatif program sambutan Hari Guru 2009.

Tarikh: 28 Mei 2009 (Khamis)

1.30 petang : Raptai Sambutan Hari Guru SMK Balung 2009 di Dewan Serbaguna

Majlis bertukar-tukar hadiah antara guru dan staf KTBM di Astaka

Acara sukaneka guru-guru (dikendalikan oleh PERTENA)

Acara tarik tali guru-guru vs PERTENA
(Kategori lelaki dan perempuan)

Pertandingan bola sepak guru lelaki pagi vs guru lelaki petang

Pertandingan futsal guru wanita pagi vs guru wanita petang


Tarikh: 29 Mei 2009 (Jumaat)

7.00 pagi : Perarakan guru dan staf dari tapak perhimpunan ke Dewan Serbaguna SMK Balung

Nyanyian lagu Guru Malaysia

Bacaan Ikrar oleh Cik Ruqayyah Ngah (Tokoh Guru 2008)

Bacaan Doa

Ucapan Ketua Pelajar

Ucapan Pengetua

Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SMK Balung

Persembahan Sajak oleh Adik Winnie Kariza Bakri

Tayangan slaid Sambutan Hari Guru 2009 oleh Ustaz Salehudin Yahya

Penyampaian Anugerah Peningkatan Akademik (PMR, SPM, STPM)
- Pencapaian kelulusan 100%
- Peningkatan tertinggi mata pelajaran
- Pencapaian kualiti terbaik
- Peningkatan tiga tahun berturut-turut
- Pencapaian kelulusan 100% tujuh tahun berturut-turut

Persembahan Koir

Penyampaian Hadiah Anugerah Kategori Guru Paling Ceria, Paling Prihatin dan Paling Popular(Undian pelajar)

Cabutan Bertuah

Penyampaian Hadiah Kategori Guru Harapan, Guru Inovatif, Staf KTBM Harapan, Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Guru

Persembahan Nasyid Kumpulan The Mind

Jamuan

11.30 pagi : Majlis Bersurai

Friday, May 22, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Mulai 15 Mei hingga 28 Mei 2009 sekolah saya mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan khususnya kepada pelajar-pelajar kelas 6 Atas Arif, 6 Atas Dinamik, 5 Arif, 5 Fasih dan 4 Fasih serta kepada semua pelajar SMK Balung. Semoga berjaya menjawab dengan cemerlang.

Wednesday, May 20, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa


GURU TELADAN

Barangsiapa mahu menjadi guru
biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri
sebelum mengajar orang lain
dan biarkan dia mengajar dengan teladan
sebelum mengajar dengan kata-kata

Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri
dengan memperbetul perbuatan-perbuatan sendiri
lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan
daripada mereka yang hanya mengajar orang lain
dan memperbetul perbuatan-perbuatan orang lain

Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu. Guru Pembina Negara Bangsa.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template