Saturday, February 28, 2009

Coretan Kejohanan Olahraga SMK Balung Kali ke-22

Pada 10 hingga 12 Februari yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kali ke-22. Acara-acara awal telah dilangsungkan pada 10 dan 11 Februari manakala kemuncaknya diadakan pada 12 Februari. Kejohanan Olahraga kali ini telah dirasmikan oleh Encik Suaideh Hj. Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG SMK Balung.


Kejohanan pagi itu dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh semua rumah sukan dan unit beruniform. Yang diPertua PIBG SMK Balung Encik Suaideh Hj. Abdul Hamid telah sudi menerima tabik hormat daripada semua kontijen perbarisan.

Encik Suaideh Hj. Abdul Hamid, Yang diPertua PIBG
menerima tabik hormat daripada kontijen-kontijen perbarisan

Rumah Sukan Utarid

Rumah Sukan Pluto

Rumah Sukan Zuhal

Rumah Sukan Marikh

Pergerakan Pengakap Darat

Persatuan Bulan Sabit Merah

Kadet Bomba dan Penyelamat

Pergerakan Puteri Islam

Pasukan Kadet Polis

Pergerakan Pengakap Laut

Kadet Remaja Sekolah

Persatuan Pandu Puteri

Selepas menyanyikan lagu Sekolah, Sabah Tanahairku dan Negaraku, kejohanan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Hjh. Suraini Mohd, Penolong Kanan Pentadbiran yang mewakili pengetua yang tidak dapat bersama kerana berada di Kuching Sarawak atas urusan rasmi.

Puan Hjh. Suraini Mohd, Penolong Kanan Pentadbiran
menyampaikan ucapan alu-aluan

Sejurus selepas itu adalah ucapan perasmian oleh Encik Suaideh Hj. Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG SMK Balung.

Encik Suaideh Hj. Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG SMK Balung
menyampaikan ucapan perasmian.

Kejohanan diteruskan dengan upacara mengarak dan menaikkan Bendera Kejohanan yang disempurnakan oleh 5 orang anggota Kadet Bomba dan Penyelamat.

Bendera Kejohanan diarak oleh anggota
Kadet Bomba dan Penyelamat

Upacara menyalakan obor menyusul kemudian yang dibawa bersama oleh saudara Mohd Azhar Nahar dan saudari Norian Farizah Juarip. Kedua-dua pelajar ini merupakan atlit yang telah mengharumkan nama sekolah. Saudara Mohd Azhar Nahar merupakan pemenang dua pingat emas bagi acara 100 meter dan 110 meter lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga MSS Gabungan Tawau 2008 dan mewakili Gabungan Tawau dalam Kejohanan Olahraga MSS Sabah yang telah diadakan di Sandakan. Saudari Norian Farizah Juarip pula merupakan pemenang pingat emas bagi acara lompat jauh dalam Kejohanan Olahraga MSS Gabungan Tawau 2008 dan mewakili Gabungan Tawau dalam Kejohanan Olahraga MSS Sabah di Sandakan.

Pembawa Obor Kejohanan saudara Mohd Azhar Nahar
dan saudari Norian Farizah Juarip

Kejohanan diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh saudari Sofea Syed Ali. Atlit ini telah merangkul pingat emas dalam acara 110 meter lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga MSS Gabungan Tawau 2008 dan mewakili Gabungan Tawau dalam Kejohanan Olahraga MSS Sabah di Sandakan.

Saudari Sofea Syed Ali mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan

Kejohanan olahraga dimulakan dengan acara 100 meter, diikuti dengan acara 800 meter.

Acara 800 Meter

Sementara majlis berehat seketika, hadirin telah dihiburkan dengan persembahan Senampoco yang telah dijayakan oleh gabungan 46 orang pelajar Sains Sukan tingkatan 4, 5 dan 6 Atas.


Antara aksi pelajar dalam senampoco

Kejohanan diteruskan dengan acara 4 x 400 meter dan acara "Medley Relay".

Acara 4 x 400 Meter perempuan

Acara 4 x 400 Meter lelaki

Pegawai-pegawai teknikal yang bertugas sedang berbincang

Acara "Medley Relay"

Kejohanan olahraga diakhiri dengan pengumuman pemenang perbarisan kategori rumah sukan dan unit beruniform, olahragawan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun, olahragawati bawah 15 dan bawah 18 tahun, juara acara sukan massa dan juara keseluruhan.

Papan markah menunjukkan kedudukan rumah sukan
selepas semua acara dilangsungkan

Kadet Remaja Sekolah, Johan perbarisan kategori unit beruniform

Rumah sukan Zuhal, johan perbarisan kategori rumah sukan

Saudari Norian Farizah Juarip, olahragawati bawah 15 tahun

Saudari Noraini Beddu, olahragawati bawah 18 tahun

Olahragawan bawah 15 tahun

Saudara Azhar Nahar diumumkan sebagai olahragawan bawah 18 tahun
dengan kutipan 3 pingat emas

Ketua penasihat rumah sukan Pluto, Cikgu Daud Maan
menerima piala sebagai johan keseluruhan

Sebagai penutup, upacara menurunkan bendera dilakukan oleh anggota Kadet Bomba dan Penyelamat untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran sebagai simbolik berakhirnya Kejohanan Olahraga kali ke-22, 2009.

Anggota Kadet Bomba dan Penyelamat
menyerahkan Bendera Kejohanan kepada Penolong Kanan Kokum
untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran

Sekalung tahniah kepada semua guru, pelajar, ibu bapa dan pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan pengorbanan dalam menjayakan kejohanan olahraga kali ini.

1 comments:

Fadzli said...

Meriah nampaknya cikgu...

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template