Tuesday, May 26, 2009

Menjelang Sambutan Hari Guru SMK Balung


SMK Balung akan mengadakan sambutan Hari Guru pada 28 dan 29 Mei 2009. Pelbagai acara telah dirancang dan semua AJK yang telah dilantik sedang membuat persiapan. Dalam majlis sambutan Hari Guru kali ini, Alhamdulillah sebanyak 130 buah buku aturcara telah disiapkan pagi tadi. Terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Buku Aturcara iaitu cikgu Supirman Amir, cikgu Astia Adam dan cikgu Guslina Abd. Majid atas kerjasama yang diberikan. Berikut adalah tentatif program sambutan Hari Guru 2009.

Tarikh: 28 Mei 2009 (Khamis)

1.30 petang : Raptai Sambutan Hari Guru SMK Balung 2009 di Dewan Serbaguna

Majlis bertukar-tukar hadiah antara guru dan staf KTBM di Astaka

Acara sukaneka guru-guru (dikendalikan oleh PERTENA)

Acara tarik tali guru-guru vs PERTENA
(Kategori lelaki dan perempuan)

Pertandingan bola sepak guru lelaki pagi vs guru lelaki petang

Pertandingan futsal guru wanita pagi vs guru wanita petang


Tarikh: 29 Mei 2009 (Jumaat)

7.00 pagi : Perarakan guru dan staf dari tapak perhimpunan ke Dewan Serbaguna SMK Balung

Nyanyian lagu Guru Malaysia

Bacaan Ikrar oleh Cik Ruqayyah Ngah (Tokoh Guru 2008)

Bacaan Doa

Ucapan Ketua Pelajar

Ucapan Pengetua

Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SMK Balung

Persembahan Sajak oleh Adik Winnie Kariza Bakri

Tayangan slaid Sambutan Hari Guru 2009 oleh Ustaz Salehudin Yahya

Penyampaian Anugerah Peningkatan Akademik (PMR, SPM, STPM)
- Pencapaian kelulusan 100%
- Peningkatan tertinggi mata pelajaran
- Pencapaian kualiti terbaik
- Peningkatan tiga tahun berturut-turut
- Pencapaian kelulusan 100% tujuh tahun berturut-turut

Persembahan Koir

Penyampaian Hadiah Anugerah Kategori Guru Paling Ceria, Paling Prihatin dan Paling Popular(Undian pelajar)

Cabutan Bertuah

Penyampaian Hadiah Kategori Guru Harapan, Guru Inovatif, Staf KTBM Harapan, Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Guru

Persembahan Nasyid Kumpulan The Mind

Jamuan

11.30 pagi : Majlis Bersurai

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template