Thursday, May 22, 2008

Sukaneka Hari Guru






Petang tadi sukaneka sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah aku telah diadakan. Pelbagai acara telah diadakan seperti lari ikat kaki, membawa telur menggunakan sudu, mengisi air dalam botol menggunakan span, lempar belon berisi dan sebagainya. Turut diadakan perlawanan bola sepak di antara guru-guru sesi pagi dan sesi petang. Sukaneka tersebut berjalan dengan penuh meriah dan menyeronokkan. Lebih menyeronokkan apabila kumpulan kami telah memenangi acara lari ikat kaki dan membawa telur menggunakan sudu.

Bagaimanapun kami guru-guru sesi pagi telah tewas kepada guru-guru sesi petang dalam perlawanan bola sepak dengan jaringan 2-4. kemeriahan dan kepuasan terpancar di wajah setiap guru yang telah menjayakan sukaneka tersebut. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Tahniah kepada semua guru dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan majlis ini. Sesungguhnya acara sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan guru-guru dan juga pelajar-pelajar. Esok akan diadakan kemuncak Sambutan Hari Guru peringkat sekolah aku.

2 comments:

Doyok said...

selamat hari guru. dah lama tinggalkan sekolah ni. huhuhu

Cikgu Musri said...

Terima Kasih Encik Khal. Selamat hari guru. Bekas cikgu sekolah Balung ke atau bekas student?

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template