Alhamdulillah soalan BM kertas 2 tahun ini agak mudah kerana apa yang diramalkan keluar. Semalam sebaik sahaja kertas ini tamat beberapa orang pelajar menemui saya dan memberitahu saya kebanyakan soalan yang keluar adalah seperti yang diramalkan. Memang benar apabila saya melihat kertas soalan tersebut soalan yang keluar sebahagian besarnya terdapat dalam koleksi soalan percubaan SPM antara negeri (boleh rujuk kepada analisis perbandingan soalan percubaan SPM antara negeri/daerah/sekolah yang saya sediakan sebelum ini). Apapun anda semua telah berusaha dan sama-samalah kita tunggu hasilnya kelak. Semoga semuanya memperoleh keputusan yang cemerlang untuk subjek Bahasa Melayu.
Soalan 1:Rumusan
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.
soalan 2(b) Petikan Cerpen/Drama
Cerpen Di Sisi Rinda (Antologi Kerusi)
(Percubaan SPM Kelantan, Perak, W.P Kuala Lumpur, dan Perlis)
Soalan 2(c)Prosa Klasik
Peminangan Puteri Gunung Ledang (Antologi Anak Laut)
(Percubaan SPM SBP, Johor, Perak, Times Higher Education (soalan (i) dan (iii) sama dengan SPM sebenar), Melaka, Pahang, Daerah Sepang, dan Negeri Sembilan)
Soalan 2(d) Puisi Tradisional/Sajak
Pantun Lapan Kerat
(Percubaan SPM Sabah, Melaka dan Pahang)
Soalan 3(a) Bina Ayat
(i) suka duka
(ii) baik buruk
(iii) penat lelah
(iv) melayari laman web
(v) pembangunan mesra alam
(vi) semangat setia kawan
Soalan 3(b) Nyatakan pola ayat sama ada ayat tersebut adalah pola ayat;
(Frasa Nama + Frasa Nama)
(Frasa Nama + Frasa Kerja)
(Frasa Nama + Frasa Adjektif)
(Frasa Nama + Frasa Sendi Nama)
(Bentuk soalan seperti percubaan SPM Johor dan Melaka)
Soalan 3(c)Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan dalam petikan
Soalan 3 (d) Membetulkan kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat
Soalan 3 (e) Membina ayat berdasarkan peribahasa
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
(Bentuk soalan seperti percubaan SPM Sabah, MRSM, Perak, Terengganu, dan Pahang)
Soalan 4:Novel
(a) Jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda
(Hampir sama dengan Learning To Score Perak, Percubaan SPM SMJK Chung Hwa Kota Bharu Kelantan dan Johor)
(b) Perbandingan satu latar masyarakat dalam dua buah novel
(Hampir sama dengan percubaan SPM Melaka dan Pahang)
0 comments:
Post a Comment