Thursday, October 23, 2008

Teknik Plot Novel Terminal Tiga

Antara teknik plot dalam novel Terminal Tiga ialah suspens (tanda tanya). Contohnya peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu menimbulkan tanda tanya. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada.

Selain itu terdapat juga penggunaan teknik kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan satu kejutan kepada pembaca. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia meghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya.

Selain itu peristiwa Rimpa bertemu dengan bekas cikgunya di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang juga merupakan satu kejutan. Rimpa tidak menyangka sama sekali dapat bertemu cikgu Ahmad Ibrahim yang pernah mengajarnya 10 tahun lalu.

Terdapat juga pengunaan teknik imbas kembali dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan teknik imbas kembali ialah peristiwa Rimpa meninggalkan kampung dan keluarganya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencapai cita-citanya.

Selain itu, terdapat juga penggunaan dialog dalam novel ini. Contohnya ketika Rimpa bertemu bekas cikgunya, cikgu Ahmad Ibrahim di Lapangan Terbang Subang. Cikgu Ahmad Ibrahim bertanya Rimpa tujuan dia berada di Kuala Lumpur. Rimpa menjelaskan kepada cikgu Ahmad Ibrahim yang dia sedang belajar di Akademi Seni Kebangsaan.

Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan monolog ialah ketika berada di lapangan terbang Rimpa bertanya pada dirinya sendiri mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih dengan paparan bahan Cikgu, sangat membantu pelajar saya. Harap tajuk ini keluar SPM 2008

Cikgu Musri said...

Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. semoga memberikan manfaat.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template