Friday, October 31, 2008

Jawapan Novel bagi zon Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu (Novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang) berdasarkan koleksi soalan Percubaan SPM 2008

Aspek Kajian Latar

1 Latar Tempat

a) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam setiap novel (Portal Utusan)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah sebuah perkampungan di Pedalaman Sabah. Kawasan perkampungan Rimpa digambarkan masih mundur dan dipenuhi dengan hutan menghijau. Namun di sinilah Rimpa membesar dan tinggal bersama keluarganya.

Selain itu, Kota Kinabalu juga merupakan latar tempat yang digunakan dalam novel ini. Di sinilah Rimpa berkenalan dengan Bang Maily, bergiat dalam bidang teater dan seterusnya memeluk agama Islam.

Latar tempat seterusnya ialah di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang. Di tempat ini, Rimpa menanti untuk menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu, tempat dia mengimbas kembali banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dan tempat dia bertemu dengan bekas gurunya, cikgu Ahmad Ibrahim.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah Jalan Garland, Ipoh Perak. Di sinilah terletaknya rumah Awanis dan tempat Awanis bertengkar dengan kakaknya iaitu Maysarah.

Selain itu, Uitm Arau Perlis juga digunakan sebagai latar tempat. UiTM Arau Perlis merupakan tempat Awanis belajar dalam bidang Kejuruteraan Ladang.

Latar tempat yang seterusnya ialah Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka Terengganu. Tempat ini merupakan pejabat Awanis menjalani praktikal.

2 Latar Masa

a) Huraikan satu latar masa yang dapat dikaitkan dengan peristiwa penting dalam setiap novel. (Sekolah Berasrama Penuh)

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga karya Othman Putih dan novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Peristiwa ini amat penting dalam novel Terminal Tiga kerana hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran tercapai. Walaupun berdepan dengan cabaran kemiskinan namun dia tetap tabah untuk menggapai impiannya.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu awal pagi.
Antaranya peristiwa Awanis ditahan polis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi kerana menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengesyakinya lari dari rumah. Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta api untuk menjalani latihan praktikal di ladang PORIM Kluang.

b) Huraikan dua latar masa dalam satu novel (Johor & Negeri Sembilan)

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Terminal tiga ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Peristiwa ini amat penting dalam novel Terminal Tiga kerana hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran tercapai. Walaupun berdepan dengan cabaran kemiskinan namun dia tetap tabah untuk menggapai impiannya.

Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang.

[atau]

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang.

Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa waktu malam ialah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.

c) Tiga latar masa dan peristiwa dalam sebuah novel (Daerah Petaling Perdana, Daerah Klang & Perak Learning To Score 2)

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Peristiwa ini amat penting dalam novel Terminal Tiga kerana hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran tercapai. Walaupun berdepan dengan cabaran kemiskinan namun dia tetap tabah untuk menggapai impiannya.

Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang.

Selain itu terdapat juga latar masa di antara pukul 4.30 petang sehingga pukul 9.30 malam. Latar masa ini digunakan ketika Rimpa pulang ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Subang. Rimpa bertolak dari rumahnya sejak pukul 4.30 petang. Bagaimanapun Rimpa terpaksa menunggu selama lima jam di Lapangan Terbang Subang kerana penerbangannya ke Kota Kinabalu yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 8:15 malam ditangguhkan sehinga ke pukul 9.30 malam akibat jerebu.

[atau]

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang.

Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa waktu malam ialah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.

Selain itu terdapat juga latar masa waktu awal pagi. Antaranya peristiwa Awanis ditahan polis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi kerana menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengesyakinya lari dari rumah. Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta api untuk menjalani latihan praktikal di ladang PORIM Kluang.

3. Latara Masyarakat

a) Huraikan latar masyarakat dalam setiap novel (Perak, SMJK Chung Hwa Kota Bharu)

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah masyarakat yang tinggal di pedalaman Sabah. Rimpa dan keluarganya tinggal di perkampungan pedalaman Sabah. Contohnya perkampungan pedalaman sabah tempat Rimpa tinggal merupakan kawasan yang masih mundur dan dipenuhi hutan menghijau.

Di samping itu digambarkan juga masyarakat yang mementingkan pendidikan. Rimpa seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan dan amat mementingkan pelajaran meskipun berdepan dengan cabaran kemiskinan hidup. Contohnya Rimpa sanggup menempuh pelbagai cabaran dan terpaksa meninggalkan keluarganya untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif.

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah masyarakat yang mementingkan kasih sayang sesama manusia. Awanis seorang yang penyayang. Contohnya Awanis sangat menyayangi Anita walaupun Anita bukan adik kandungnya dan sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

Terdapat juga masyarakat yang gigih untuk mencari rezeki digambarkan dalam novel ini . Budi seorang yang gigih mencari rezeki. Contohnya belia Indonesia seperti Budi sanggup berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit untuk mencari rezeki.

b) Bandingkan latar masyarakat dalam dua novel (Melaka, Pahang)

Terdapat persamaan dan perbezaan latar masyarakat antara novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang

Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran. Dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa amat mementingkan pelajarannya. Contohnya, Rimpa sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halaman serta menempuh pelbagai cabaran untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif. Dalam Novel Seteguh Karang, Awanis juga seorang yang mementingkan pelajarannya. Contohnya dia mengambil semula SPM walaupun gagal kali pertama dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

Perbezaan latar masyarakatnya ialah dalam novel Terminal Tiga terdapat masyarakat desa yang masih mengamalkan budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan meminum tuak masih menjadi tradisi hidup mereka. Contohnya Ramon bersama kawan-kawannya suka meminum tuak. Dalam novel Seteguh Karang pula terdapat masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan khurafat. Encik Lee dan isterinya percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga. Contohnya Encik Lee dan isterinya tidak mahu menerima Anita dan tergamak menyatakan anak kandungnya itu sebagai pembawa sial.

c) Huraikan dua kepincangan masyarakat dalam sebuah novel (Daerah Sepang, Pahang)

Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ayah rimpa merupakan seorang yang tidak bertanggung jawab terhadap keluarganya. Contohnya, ayah Rimpa yang sepatutnya menjadi ketua keluarga sanggup meninggalkan keluarganya selama 10 tahun tanpa diketahui di mana dia berada.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang mudah terpengaruh dengan golongan pendakwah sehingga mengenepikan keluarga. Ruzaini seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya. Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya kerana lari mengikuti golongan pendakwah.

[atau]

Terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang dalam novel Seteguh Karang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar dengan Wan Asri.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan khurafat dalam novel ini. Kepercayaan khurafat ini masih tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan isterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template