Saturday, October 25, 2008

Latar Masyarakat Novel Terminal Tiga

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini adalah masyarakat yang tinggal di pedalaman Sabah. Rimpa dan keluarganya tinggal di perkampungan pedalaman Sabah. Contohnya perkampungan pedalaman sabah tempat Rimpa tinggal merupakan kawasan yang masih mundur dan dipenuhi hutan menghijau.

Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat desa yang masih mengamalkan budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan meminum tuak masih lagi menjadi tradisi hidup mereka. Contohnya Ramon bersama kawan-kawannya suka meminum tuak.

Selain itu digambarkan juga latar masyarakat desa yang bekerja sebagai penanam sayur untuk menyara kehidupan. Rimpa berasal daripada keluarga petani yang menjadikan pertanian sebagai sumber rezeki untuk menampung kehidupan. Contohnya keluarga Rimpa menanam kubis, asparagus dan tomato untuk menyara keluarga.

Di samping itu digambarkan juga masyarakat yang mementingkan pendidikan. Rimpa seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan dan amat mementingkan pelajaran. Contohnya Rimpa sanggup menempuh pelbagai cabaran dan terpaksa meninggalkan keluarganya untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif.

Digambarkan juga masyarakat yang suka membantu dan menolong orang lain. Bang Maily dan isterinya sering membantu Rimpa yang hidup dalam kesusahan. Contohnya Bang Maily ikhlas membantu Rimpa yang dihimpit kemiskinan untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan.

Digambakan juga masyarakat yang taat kepada Tuhan dalam novel ini. Bang Maily seorang yang taat mengerjakan ibadat. Contohnya Bang Maily dan Rimpa menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu sembahyang.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template